Rojak Daily Kaw! sebelum ini berkongsi cerita penyanyi bersuara sedap Indah Ruhaila ke Jepun untuk satu misi rahsia.
Ada yang khabarkan, Indah ke sana untuk tujuan merakamkan foto pra perkahwinan dengan sang arjuna hati.
Advertisement
Menafikan perkara itu, Indah berkata tunangnya yang dikenali sebagai R tidak ikut serta kunjungannya ke negara mata hari terbit itu.

"Bukan foto pra perkahwinan. Jauh sangat tu sampai ke Jepun," katanya tertawa.
Namun begitu, penyanyi Semua Untuk Cinta ini mengakui akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini.
Indah berkata, semuanya sedang dalam perancangan dan meminta agar semua peminat mendoakan yang terbaik.
"Kalau ikutkan awal tahun. Tapikan kita hanya mampu merancang dan Allah yang lebih tahu untuk menentukan.
"Insya-Allah bila semua sudah sah saya akan kongsikan nanti," katanya.
Bekas pelajar Akademi Fantasia 2013 itu mengikat tali pertunangan selama tiga tahun dengan seorang pengurus akaun sebuah syarikat swasta di Johor Bahru yang dikenali sebagai R.

Mengenai kerjaya nyanyiannya yang seakan perlahan selepas kecemerlangan lagu Percayalah, Indah berkata semuanya berkaitan rezeki.
Indah berkata dirinya yakin dengan ketentuan Allah.
Sebelum Indah, pelakon Siti Saleha dan Ummi Nazeera turut mengumumkan mereka bakal bergelar isteri selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.
Meriahlah majlis kahwin selepas Hari Raya nanti.