Kaw
Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Album Love, Fake & Friendship Nidji!
Kumpulan muzik Indonesia terkenal, Nidji kini kembali dengan buah tangan terbaru, album kelima mereka, Love, Fake & Friendship. Sengaja memilih judul Love, Fake & Friendship, kumpulan yang terdiri daripada lima sahabat ini menyifatkan tiga kata keramat ini sebagai satu fasa yang pernah dialami oleh semua generasi. Kami sempat menyaksikan persembahan bertenaga Nidji pada majlis pelancaran album Love, Fake & Friendship di Publika semalam, dan satu perkataan yang boleh digambarkan tentang album dan persembahan mereka adalah, epik.
5 sebab kenapa anda perlu dapatkan album Love, Fake & Friendship Nidji.
1) Album ini mengambil masa lima tahun untuk disiapkan. Menurut vokalis Nidji, Giring Ganesha, "kami mahu segala-galanya perfect dan kami berpuas hati dengan hasilnya". Ibarat meminjam semangat anak muda berusia 15 tahun, tetapi cukup matang dan penuh ilmu kehidupan, Nidji muncul dengan album yang diberi judul Love, Fake & Friendship.
2) Trak kedua album ini menampilkan hit milik band alternatif rock yang berasal dari Malaysia, Estranged, Hancur Aku. Nidji memilih untuk merakamkan semula hit ini dan menggunakan khidmat tiga produser muzik yang luar biasa iaitu salah seorangnya ialah Irwan Opung untuk mengemas ulang lagu tersebut. Hasilnya, anda wajib dengarkan lagu Hancur Aku versi Nidji.
3) Album Love, Fake & Friendship juga menyaksikan Nidji mengisinya bersama sahabat-sahabat dan idola yang mereka kagumi. Ada banyak kolaborasi terjadi dalam album ini, antaranya gabungan mereka bersama pemuzik senior Guruh Soekarno Putra yang karya-karyanya selama ini menjadi kekaguman Nidji. Selain itu, Nidji mengait pemuzik muda berbakat besar seperti Bemby Noor, Rian D’Masiv, Pongky Barata, Tulus, Petra Sihombing, serta tidak ketinggalan pendatang baharu di Musica Studios, Dea (pasangan duet bagi lagu Hancur Aku) juga ikut memberi sentuhan dalam menciptakan nuansa baharu dalam album ini.
4) 12 lagu yang diketengahkan, kami yakin semuanya menepati citarasa semasa. Dari susunan muzik, vokal Giring serta lirik yang deep antara sebab kenapa anda perlu dapatkan Love, Fake & Friendship dengan segera. Lagu kegemaran kami, semestinya Gantungi Aku. Senarai lagu di dalam album ini adalah:
- Bila Bersamamu
- Hancur Aku
- Terlahir Beda
- Gantungi Aku
- Musnah
- Jalani Hidup dengan Cinta
- Terserah
- Sabar
- Energi Cinta
- Cinta yang Hilang
- Trying To Find You
- Hara Tanah
5) Tahun 2017 merupakah tahun ke-15 Nidji berkarya dan album ini juga merupakan hadiah buat semua peminat yang tidak jemu-jemu menyokong mereka selama 15 tahun ini.
Must-Watch Video