Kaw

Intan Reda, Izreen Menumpang Kasih

Mohamad Bakar
04/12/2017
17:31 MYT
Hati wanita manalah yang bergelar isteri sanggup hidup bermadu. Demikian gambaran awal Intan Liana Saleh, 32, yang ternyata begitu terkejut apabila mendapat tahu suami tercinta yang juga pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid sudah berkahwin lagi sejak Ogos lalu.
Suaminya sah berkahwin sekali lagi dengan aktres bertudung, Izreen Azminda. Malah kebelakangan ini juga spekulasi membabitkan rumah tangga mereka sudah mula bertebaran.
Bagaimanapun Ibu kepada Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 11 yang juga hasil perkongsian hidup dengan pemuzik berkenaan sejak 1 Mac 2013 itu akur dengan suratan bahawa dirinya sudah dimadukan.Intan reda dengan suratan hidup.
“Saya dapat tahu suami kahwin lain pada 10 November lalu. Memang ketika itu saya tak boleh terima berita berkenaan. Saya memang tak boleh berfikir panjang saat itu.
“Namun selepas berbincang dengan suami termasuk mempertimbangkan soal anak dan keluarga, saya akur dan terima semuanya dengan lapang dada,” katanya.
Ketika ini, beliau reda dengan suratan hidup itu.
“Saya reda, saya terima hakikat yang diri ini bermadu. Saya tak boleh nak cakap apa lagi dah.
“Takut cakap lebih akan jadi salah pula. Ini nasib hidup saya dan tak pernah saya bayangkan ia akan terjadi,” katanya.Demi suami dan anak-anak.
Tambah beliau lagi, dengan apa yang terjadi kasih sayang dan cintanya terhadap suami tak pernah terhakis.
“Sehingga ke hari ini, sayang dan cinta saya pada suami tidak pudar sekalipun diperlakukan sebegini,” katanya
Terdahulu pemuzik berkenaan mengesahkan yang dia sudah berkahwin dengan Izreen dan kekal dengan perkahwinan pertama dengan Intan.
Pemuzik itu dan Izreen juga dijangka mengadakan sebuah majlis tak lama lagi untuk menghuraikan lanjut hal perkahwinan mereka.Empat bulan rahsia perkahwinan.
Sementara itu, Izreen pula menerusi posting terbarunya memohon maaf kerana merahsiakan perkahwinan keduanya dengan pemuzik itu sejak sekian lama.
“Saya ingin memohon maaf kerana tidak memberitahu berita ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai status saya. Saya faham status saya sebagai seorang selebriti seharusnya saya berkongsi berita ini iaitu mengenai pernikahan saya bersama suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid yang telah dinikahkan sendiri oleh bapa kandung saya di Sunway Damansara pada 8 Ogos 2017 lalu.
“Majlis itu hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja. Tetapi memandangkan status saya sebagai isteri juga, saya terpaksa akur dengan permintaan suami supaya tidak menghebahkan berita ini sementara waktu memandangkan ini adalah pernikahan kali kedua buat saya. Majlis diadakan bersederhana saja mengikut hukum syarak.Pohon doa yang terbaik untuk semua.
“Terima kasih buat teman rapat, keluarga dan keluarga mentua kerana memegang amanah ini sebaiknya sehingga kenyataan dikeluarkan dengan keizinan suami. Cuma yang saya harapkan hentikanlah sebarang kenyataan yang anda sendiri tidak tahu apa yang terjadi di dalam rumah tangga kami.
“Dan jangan cepat menjatuhkan hukum dengan apa yang anda baca dan lihat. Seperti yang saya katakan, tidak perlu saya mencari bukti untuk menunjukkan kebenaran. Ini kerana kebenaran yang sebenar akan datang dengan sendiri tentang apa yang terjadi. Oleh itu biar masa yang menentukan. Cukuplah hanya doa yang terbaik daripada anda semua dan semoga segala-galanya dipermudahkan buat saya suami dan Intan, amin,” katanya yang hanya mahu menumpang kasih.
Terdahulu, artis bertudung itu pernah berkahwin dengan juru kamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 4.
Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

“Dating Pakai Topi Tak Nak Orang Cam” - Akhirnya Disatukan, Harris Annuar & Asha Merican Berbulan Madu Di Switzerland

gempak
13/06/2022
03:21 MYT
Till jannah guys.
Laman Utama

“Cantik, Sopan, Naik Seri” - Tema Baju Kurung Kedah, Majlis Berinai Elisya Sandha Terima Pujian Netizen

gempak
23/08/2021
03:49 MYT
Berserinya pengantin baru!
Laman Utama

Syamel & Ernie Zakri Umum Tarikh Nikah, Bakal Disatukan Pagi Esok

gempak
25/03/2021
13:59 MYT
Till Jannah Syamel & Ernie!
Laman Utama

Muat Naik Foto Di Sabah Dengan #Honeymoon, Risteena Jawab Tuduhan Rentas Negeri Berbulan Madu

gempak
22/03/2021
15:53 MYT
Romantiknya pasangan ni!
Laman Utama

“Gambar Pre-Wedding Ke Ni?” - Minta Doa Yang Baik-Baik, Zulin Aziz ‘Belanja’ Foto Kekasih Hati?

gempak
22/03/2021
05:17 MYT
Sama cantik, sama padan.