Ibu kepada penyanyi muda Ismail Izzani, Datin Suliza Salam memberitahu anaknya tidak memerlukan kontroversi sebagai publisiti kepada dirinya.

Suliza yang juga penyanyi popular 80an juga berharap agar masyarakat tidak mudah menilai sesuatu perkara yang tidak pasti.

Ibu mahu Izzani fokus pada kerjaya

"Bagi saya Ismail tidak perlukan kontroversi sebagai publisiti dirinya. Saya percaya masyarakat lebih pandai menilai yang mana betul atau tidak," katanya.

Katanya lagi, sebagai ibu dia percaya anaknya, penyanyi lagu Luar Biasa itu bukan seperti yang digambarkan pihak tertentu.

"Saya tidak mahu melatah dan menganggap ia sebagai dugaan buat Ismail. Saya hanya berharap agar dia lebih berhati-hati dalam setiap langkahnya pada masa akan datang," ujarnya kepada mStar Online.

Sebab Fatiya Latif memuat naik foto ini masih menjadi tanda tanya


Malam Jumaat lalu, foto mesra Ismail Izzani, 18, bersama aktres Zarina Anjoulie di sebuah pusat hiburan telah tersebar.

Kontroversi itu timbul selepas aktres Fathia Latiff berkongsi foto tersebut di akaun laman sosial Instagram dan dipadamkan tidak lama kemudian, selepas pengikutnya menghentam Zarina yang berpakaian seksi.

Sahabat baik...Fatiya Latif turut menjadi model untuk produk Love Spray Zarina Anjoulie

Sementara itu, Ismail Ismail telah memohon maaf kepada keluarga dan pihak pengurusannya sebaik sahaja mengetahui tentang penyebaran foto tersebut.

Menurut Pengurusnya, Adib, Ismail meluahkan rasa kesal dengan perkara yang berlaku.

"Secara jujurnya, Ismail sudah pun memohon maaf kepada pihak pengurusan dan juga kepada Mama dan keluarganya.

"Beliau kesal dan Insyaallah kami akan sentiasa berada di sisi beliau untuk terus memberi sokongan dari segala aspek. Lagi-lagi pada waktu sukar seperti begini,” ujarnya kepada mStar Online pada Sabtu.

Sumber: mstar Online