Penyanyi Amy Search akui bersyukur dikurniakan anak pada usia 60 tahun.
Amy yang berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram mendedahkan isterinya, Norhasniza Hassan sedang hamil sebulan.

“Isteri aku mengandung sebulan yeahhhhh! Aku selalu doa bila umur aku 60 tahun nak timang anak lagi. Korang semua doakn moga aku berjaya. I love you sayang @qasander,” tulisnya.
Bapa kepada pelakon Nabila Huda ini juga turut berkongsi video pendek ketika isterinya sedang membuat pemeriksaan ‘Ultrasound’.
Amy dan Nourish berkahwin pada tahun 2003 dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Amy juga mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.
Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Dalam pada itu, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Amy dan mendoakan isteri serta anak dalam kandungan sentiasa sihat.