Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat, meluahkan rasa syukur kerana isterinya, Leuniey Natasha selamat menimang cahaya mata ketiga.

Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apex berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

"Assalamualaikum dunia. Welcome to the family #kfclans Adik. Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan olehNya," tulisnya.

Assalamualaikum dunia . Welcome to the family #kfclans Adik.alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan olehnya . #kfclans #newmember #alhamdulillah #syukur #rezekiallah #rezekiramadhan #narutobaru2anak #akudah3 #punchlines ???

A post shared by KFLN (@fahmiapexs) on

Entri tersebut juga turut disertakan dengan beberapa foto beserta video bayi comel itu.

Bagaimanapun, Apex masih belum memberitahu nama anak ketiga mereka.

Khairul Fahmi Che Mat mendirikan rumah tangga bersama Leuniey Natasha pada 28 Disember 2012.
Hasil perkahwinan mereka, Apex dikurniakan dua orang cahaya mata, Kayla Elayna dan Khaleel Emir.