Skip to main content

Market Trends

“Isteri Tak Ada Alahan ‘Apa-Apa’, Tapi Dia Banyak Mintak ‘Apa-Apa’” – Tauke

tauke-ssxtravaganza.jpg
Pelawak Tauke (Jambu) mengakui semakin teruja menanti kehadiran cahaya mata bersama isteri, Nadia Mohd Effendi, yang kandungannya baru memasuki usia 6 bulan.

Tauke ketika ditemui Rojak Daily Kaw! memberitahu, dia dan isteri sudah melakukan ujian imbasan ultra sound untuk mengetahui jantina bayi mereka.

Tauke dan Nadia teruja menanti kehadiran cahaya mata sulung

“Ketika imbasan dilakukan isteri saya yang paling teruja, tetapi sayangnya masih si kecil (bayi) masih belum mahu menunjukkan jantina dia.

“Apa-apa pun saya dan isteri tak kisah anak lelaki tau perempuan, asalkan bayi kami sihat,” katanya teruja.

Tak kisah jantina bayi, asalkan sihat

Bercakap mengenai proses kehamilan isteri, Tauke berkata, Nadia tidak mengalami sebarang alahan cuma agak sensitif daripada segi emosi.

“Isteri saya tak ada alahan apa-apa cuma sensitif sikit. Tapi biasalah, wanita hamil hormone mereka tak menentu. Cuma saya lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan dan perkataan supaya dia tak terlebih emo.

Sedaya upaya memenuhi permintaan isteri

“Lagi satu, dia juga tak mengidam ‘apa-apa’, cuma banyak minta ‘apa-apa’. Contohnya macam ada sekali dia nak makan jambu, tapi dia nak jambu yang dijual peniaga A tapi kita pergi beli kat peniaga B, dia tak mau makan.

“Pelik jugak macam mana dia boleh tahu,” katanya ketawa.

Ketika menyambut ulang tahun kelahiran Nadia tahun lepas

Namun, kata Tauke lagi dia akan cuba memenuhi permintaan isteri sebaik mungkin kerana bimbang itu yang dihajati bayi dalam kandungan.

Dalam pada itu Tauke mahu peminat berdoa kesihatan isterinya baik sepanjang tempoh mengandung.

“Saya minta orang ramai mendoakan yang terbaik buat saya dan isteri," katanya.

Tauke pelawak senior dalam Super Spontan Xtravaganza

Selepas lima tahun menduda, Tauke mendirikan rumah tangga kali keempat dengan Nadia pada 9 Disember 2017.

Tauke ditemui selepas siaran langsung Super Spontan Xtravaganza di Panggung Percubaan Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Tauke bersama ahli kumpulan Sotong Kangkung sebelum Modee (tujuh dari kiri) disingkirkan

Minggu lalu menyaksikan kumpulan Sotong Kangkung, diwakili Tauke tewas dengan Lobster Leleh dengan jumlah akhir pemarkahan 42% dan 58%.
 
Kekalahan tersebut menyebabkan Sotong Kangkung sepakat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan mereka, Modee.

Modee disingkirkan daripada Sotong Kangkung
Meskipun sedih dengan kekalahan ini, kumpulan Sotong Kangkung masih mampu bermegah apabila mereka masih mendahului dengan dua kemenangan berbanding satu oleh Lobster Leleh.

Sotong Kangkung pastinya tidak akan berdiam diri untuk kembali menjadi juara mingguan pada minggu ini.

Memasuki minggu keempat, semakin sengit 'tikam-menikam' kawan sendiri

Adakah Lobster Leleh akan hanyut dan leka dengan kejayaan pertama yang dimenangi pada minggu lalu? Atau akan terus mengekalkan kemenangan mereka?

Oleh itu jangan lupa saksikan Siaran Langsung Super Spontan Xtravaganza (Minggu Keempat), Jumaat ini, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD  (saluran 124).
 
 

Must-Watch Video