Pelawak dan pengacara Shuk (Balas) akui isterinya, Rosalena Natasha Assyaferah banyak membantu dalam misi penurunan berat badannya.
Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia kini berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 5 kilogram (kg) selepas seminggu mengawal cara pemakanannya.

“Saya mula sedar berat badan naik selepas raya tapi tak sangka pula sehingga mencecah 102 kg. Disebabkan perkara itu saya nekad mulakan diet.
“Alhamdulillah berhasil dan dalam masa seminggu berat saya kini dah turun kepada 5 kg.
"Saya tak makan nasi, hanya makan makanan yang dibakar atau rebus. Yang penting saya akan pastikan minum air masak secukupnya.

“Isteri memang banyak membantu dan setiap hari isteri akan bekalkan dua botol air kosong sebanyak empat liter. Saya perlu habiskan dan kalua gagal dia akan denda saya,” katanya.
Shuk ditemui pada majlis pelancaran program I Can See Your Voice Malaysia pada Selasa.
Dalam perkembangan lain, Syuk bergandingan bersama pelakon Alvin Chong sebagai hos program I Can See Your Voice yang bakal bersiaran pada setiap Sabtu, jam 10 malam di ntv7 bermula 4 Ogos depan.
Selain Shuk dan Alvin, I Can See Your Voice Malaysia turut menampilkan Mark Adam, Jihan Muse, Seelan Paul sebagai penyiasat tetap.