Pelakon Zul Ariffin akui tidak tahu mengenai tatu ‘Zul’ pada jari manis wanita Ukraine yang dikaitkan dengan dirinya.

Diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Zul berkata, dia tidak mempunyai sebarang komen.
Tatu nama Zul di jari manis wanita Tanya Glembotska.
“Itu hanyalah inai, saya sendiri tidak sangka dia akan berbuat seperti itu. Tak ada jawapan mengenai perkara tersebut,” jawabnya ringkas.

Dalam pada itu, Zul menyangkal dakwaan pergi bercuti dengan wanita Ukraine dikenali sebagai Tanya Glembotska, di Phuket.
Tanya Glembotska, wanita yang dikaitkan bersama Zul.
“Tak adalah, saya cuti pergi training…Tak ada apa-apa pun. Selebihnya, saya tiada komen.

“Saya kenal wanita itu dan kami berlatih sekali untuk sebuah penggambaran. Saya layan dia sama seperti orang lain,” ujarnya.
Antara foto yang menjadi tanda tanya peminat.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai Glembotska, Zul enggan mengulas lanjut.

“Jika saya berkata sesuatu, mereka tetap akan membuat andaian tidak kira sama ada baik atau buruk.

“Jadi saya biarkan apa sahaja yang mereka ingin fikirkan dan saya hanya mahu berdiam diri sebab jika saya komen kiri atau kanan juga tidak ada bezanya.
Foto yang masih menjadi tanda tanya peminat.
“Mereka tidak tahu apa-apa jadi biarkanlah mereka terus membuat andaian sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Hantu Kak Limah di e@Curve, Damansara semalam.

Terdahulu, spekulasi mengatakan Zul telah melancong bersama seorang wanita Ukraine di Phuket, Thailand pada awal Julai lalu.

Lebih hangat lagi apabila beberapa keping foto dipercayai milik Zul Ariffin bersama wanita itu menjadi tular.