KAW
Jadi Penyampai Radio Antara Punca Mawi Tidak Menyertai AF Megastar
Dalam diam-diam rupanya Juara Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) ini akan bergelar seorang penyampai radio dan bakal keudara Oktober nanti. Masihkan anda ingat pada fenomena Tsumawi pada 12 tahun lalu? Mawi sememangnya mempunyai aura tersendiri dalam memikat hati pendengar. Mawi bersama dengan barisan penyampai lain seperti Anas Tahir, Raqib, Lin Ariffin dan Falyq bakal mengemudi sebuah stesen radio berteraskan gaya hidup muslim moden kontemporari menerusi frekuensi 104.9 fm.
Menurut Mawi, "tawaran untuk menjadi penyampai radio sudah diterima pada tahun 2015 lagi. Tapi pada waktu itu saya sibuk dengan bidang nyanyian. Sebelum menyertai AF3, saya memag seorang juruhebah di pasaraya, kedai makan dan kenduri kahwin sekitar Johor. Apabila dapat menyertaai AF3, fokus sebenar saya bila keluar dari situ adalah untuk jadi penyampai radio seperti Nana dan Burn sewaktu itu. Tapi nampaknya rezeki lebih kepada bidang nyanyian".
Selepas 12 tahun ini, kembali diberi peluang oleh Astro Radio untuk menyertai keluarga mereka, Mawi sudah bersedia untuk bergelar penyampai radio.

"Cabaran saya nanti adalah untuk menarik perhatian anak-anak muda untuk mendengar radio. Menyasarkan golongan berumur 18 hingga 34 tahun, saya kini giat berlatih dan meminta tips serta nasihat daripada geng-geng radio di Era FM dan juga Sinar FM", jelas Mawi lagi.
Mengakui antara salah satu punca dia tidak menyertai AF Megastar kerana komitmen terhadap bidang radio, namun Mawi akan cuba seimbangkan bidang nyanyian mahupun lakonan selepas habis besiaran. "Nak masuk pertandingan ni, stress tau. Masuk AJL satu lagu pun tekanan apatah lagi tiap-tiap minggu perlu bertanding. Apa yang saya lalui ketika tahun 2005 tu, ia tidak dirancang. Fenomena Tsumawi tu terjadi sendiri dan kalau saya masuk AF Megastar ni, rasanya benda itu tak akan berulang lagi. Saya kalau boleh nak relaks, tenang tapi saya respek dengan bintang AF yang kembali ke AF Megastar sebab mereka semua berani", ulas Mawi ketika ditemubual di Majlis sidang media memperkenalkan keluarga radio barunya itu.