Pelakon Linda Rafar akui berasa terkilan dengan sikap netizen yang mengaitkan arwah anaknya, Memen dengan video tarian Keke Challenge yang dilakukan bersama dua sahabatnya, Sasha dan Azza Elite baru-baru ini.
Linda meluahkan kekesalannya itu menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat.

Kata Linda, cabaran itu hanya untuk suka-suka bersempena dengan satu projek istimewa Elite yang bakal dijalankan tidak lama lagi.
“Kepada semua pengikut Instagram saya, Linda terpaksa jelaskan kenapa dan mengapa Elite buat keke challenge.

“Kami akan buat project istimewa dan keke challange bukan kita sahaja di cabar untuk buat dan bukan semua yang buat itu sempurna.
“Ada yang lagi seksi dan ada yang over daripada apa yang Elite buat. Kami hanya lakukan cabaran itu untuk suka-suka, tidak ada niat lain. Kepada netizen yang pergi komen kutuk Elite masih Linda boleh terima.

“Tapi Linda merayu tolong jangan babitkan arwah anak Linda #memenahlisyurga dia tidak bersalah dan takde kena mengena dengan ini cerita.
“Tolong jangan nilaikan neraka dan syurga seseorang daripada penampilannya tapi sila nilai dengan kebaikkan, kejujuran serta amalan soleh serta kebajikkan yang telah dia lakukan tanpa pengetahuan anda semua.

“Sekali lagi jika ada netizen yang masih melibatkan anak syurga Linda memang Linda takkan balas tapi biar Allah sahaja yang membalasnyaa amiin. Allahuakbar,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut Instagramnya meminta Linda bersabar dan tidak melayan karenah netizen.