,
Kaw

“Jangan Kaitkan Dengan Saya.” – Datuk AC Mizal

Alexander Hadreez Jr
02/06/2017
07:02 MYT
Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal memberi amaran supaya beliau tidak dikaitkan dengan skim piramid Mface Club yang dilumpuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNNKK) bersama lima agensi lain baru-baru ini.
Pengacara Maharaja Lawak Mega ini memberitahu Rojak Daily Kaw! beliau sudah meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Jaringan Sosial Mface dua tahun lalu selepas menyedari ada perkara yang tidak kena di sebalik penubuhan laman sosial itu.Ada yang tidak kena dengan pengurusan dan soal wang.
“Saya hanya dilantik sebagai pengerusi kepada jaringan sosial, yang ketika itu namanya Mface. Pada awal pelantikan, semuanya berjalan lancar. Lama-kelamaan saya dapati ada perkara tak kena terutama dari segi pengurusan dan soal wang.Beri amaran supaya tidak guna nama AC Mizal.
“Enggan terbabit, saya pun meletakkan jawatan dua tahun lalu dan Februari lalu saya ada muat naik sebuah video di laman Instagram menyatakan yang saya tidak lagi terbabit dengan Mface dan memberi amaran supaya mereka tidak lagi menggunakan nama saya dalam apa juga urusan perniagaan mereka,”tegas pelakon, penyanyi dan pengacara berusia 45 tahun ini.Tidak terkejut dengan apa yang berlaku.
Ditanya apakah reaksinya tatkala membaca berita mengenai pembekuan skim piramid itu, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Mazlan dalam drama bersiri Gerak Khas itu berkata, beliau tidak terkejut kerana sudah dapat mengagak perkara berkenaan pasti berlaku.Datuk AC Mizal minta tidak ada sesiapa mengaitkan Mface dengan beliau.
Dalam operasi berkenaan, KPDNKK dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Pejabat Peguam Negara membekukan 91 akaun bank bernilai RM177 juta milik skim piramid yang bertapak di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur atas kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja

gempak
02/09/2024
06:04 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan bahawa dia tidak memberi fokus kepada mencari pasangan hidup sebaliknya hanya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengembangkan kerjaya.
Hiburan

Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung Berjaya, Rasa Lebih Yakin Depan Kamera

gempak
01/09/2024
05:52 MYT
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menzahirkan rasa gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.
Hiburan

Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

gempak
23/08/2024
03:35 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik mesej yang mempunyai maksud tersirat menerusi platform media sosialnya.
Hiburan

Fatiya Latiff Dedah Bakal Dirikan Rumah Tangga Tahun Hadapan, Dapat 'Green Light" Dari Ibu Bapa

gempak
22/08/2024
08:55 MYT
Pelakon Fatiya Latiff mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan.