Puspa, bayi berusia tujuh bulan yang merupakan anak kepada vokalis kumpulan Margasatwa, Akmal Hakim Mokhtar, memerlukan sumbangan orang ramai untuk menampung kos rawatan penyakit jantung berlubang.
Puspa yang masih dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor, perlu menjalani pembedahan dalam kadar segera dengan kos sebanyak RM35,000 seperti dianggarkan pihak hospital.

Mohd. Akmal ketika dihubungi Rojak Daily Kaw! berkata, akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada Selasa depan, dan menjalani pembedahan.
“Saya memohon bantuan orang ramai untuk meringankan beban kos pembedahan yang dianggarkan mencecah sehingga RM35,000,” katanya.

Tambah Akmal, RM35,000 merupakan kos pembedahan sahaja dan tidak termasuk kos-kos lain.
"Kos sampingan saya masih boleh tampung, namun kos untuk pembedahan yang perlu dilakukan dalam kadar segera menyebabkan saya tidak sempat untuk mengumpul wang sebanyak itu (RM35,000)," katanya.
Bagi yang ingin memberikan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB 7049493386 atas nama Mohd. Akmal.