Skip to main content

Market Trends

"Jarang Berjumpa Tak Bermakna Ada Masalah." - Siti Elizad

siti-elizad-01.jpg

“Hubungan saya dengan suami masih bahagia cuma kami jarang berjumpa kerana saya sibuk di lokasi penggambaran drama Papa Ricky yang hanya akan berakhir April ini,” kata Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 32, mengenai rumah tangganya yang sebelum ini dikatakan bermasalah.

Siti Elizad sibuk di lokasi sehingga akhir April.(Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Menurutnya tiada apa yang merubah hubungan mereka suami isteri. Jelas Elizad lagi, dia juga bersyukur kerana rezekinya dalam bidang lakonan tidak pernah putus, pun begitu dia kini memilih karektor yang berbeza untuk penampilannya dalam setiap drama.

:“Saya tidaklah mengambil semua tawaran yang datang, saya lihat juga pada skrip, jalan cerita dan wataknya,” kata Elizad.

Lebih selektif dalam perancangan menghasilkan single kedua. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

Perkembangan lain, Elizad yang menjuarai program Gempak Superstar dua tahun lalu kini dalam perancangan untuk menghasilkan single kedua. Single pertamanya berjudul Haiyaya.

Dia yang kini di bawah naungan Paranormal Records Sdn Bhd, berharap pemilihan genre lagu untuk single keduanya itu nanti lebih dekat dengan jiwanya.

Must-Watch Video