Skip to main content

Market Trends

“Jemaima Susah Nak Rapat Dengan Orang Tapi Dengan Aidil…” -Fasha Sandha

fasha-aidil.jpg
Pelakon cantik Fasha Sandha akui aktor Aidil Aziz merupakan antara lelaki paling rapat dengan dua anaknya, Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemaima, 3.

“Sebenarnya, saya sukar nak percaya Jemaima boleh rapat dengan Aidil kerana dia sukar mesra dengan orang lain lebih-lebih lagi lelaki.

“Tetapi apabila dengan Aidil dia mudah mesra. Bukan sahaja Jemaima, Rayfal juga rapat dan selesa dengan Aidil.
Pak ngah, panggilan anak-anak Fasha kepada Aidil.
“Mungkin Aidil ada aura kanak-kanak yang membuatkan mereka suka dengannya. Selain bapa mereka, Aidil antara lelaki paling rapat dengan anak-anak,” katanya.

Fasha ditemui ketika majlis perlancaran ubat gigi Aurawhite dan pengumumannya sebagai ikon produk itu bertempat di Meet & Dine, Cheras pada Rabu.

Mengulas mengenai hubungannya, Fasha memberitahu Aidil sudah bertemu keluarganya.
Ramai mendoakan kebahagiaan Fasha dan Aidil.
Bagaimanapun tiada perbincangan serius yang berlaku terutamanya hal yang berkaitan dengan perkahwinan.

“Kami dah berjumpa keluarga masing-masing tetapi jangan salah faham itu hanyalah pertemuan biasa sahaja. Tiada perbincangan mengenai rancangan perkahwinan dan sebagainya.

“Saya dan Aidil berkawan rapat. Hubungan dia dengan keluarnyanya membuatkan saya selesa dengan dia. Aidil juga seorang yang baik, sederhana dan yang penting dia bukan suami orang,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fasha juga merupakan ikon produk terbaru Aurawhite iaitu ubat gigi Aurawhite.
 
 

Must-Watch Video