Pelakon Mawar Rashid akui kasih sayang yang diberikan kepada kedua anak tirinya adalah ikhlas dan bukan dibuat-buat.

Kata Mawar, dia telah menganggap Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3, sama seperti anaknya sendiri.

“Maaf ya semua. Mawar tak pernah post reply macam ni, tapi kali ni Mawar kena jelaskan luahan hati Mawar agar tidak menimbul salah faham netizen.
Sayang seperti anak sendiri.
“@arizul11 First of all, apabila saya sebut my Little Raden, itu kerana saya jujur & ikhlas menyayangi dia. Pabila dalam waktu yang sesuai, jika saya menyayangi sesuatu atau seseorang, saya akan post dan luahkan perasaan cinta saya terhadap apa sekalipun. Terutamanya anak-anak tiri saya ini, yang mana anak-anak ini saya telah anggap seperti anak kandung saya sendiri.

“Jika Allah beri saya rezeki cahaya mata satu hari nanti, tiada perbezaan diantara anak kandung saya dan anak-anak tiri saya. Saya akan terapkan sifat kasih sayang yang sama rata dan adil, supaya mereka membesar dalam ketenangan dan penuh kebahagian.

“Jika gambar itu sesuai dan cantik untuk saya post di ruangan kenangan saya di sosial media, saya akan post demi mengingati kenangan terindah itu. Seperti mana saya post tentang suami saya, tentang ibu dan ibu mertua saya, keluarga saya dan keluarga Raf juga. Tiada niat yang lain selain itu. Kerana cara saya, saya akan menyimpan kenangan yang membahagiakan saya,” tulisnya.
Mawar bersama suami dan anak tirinya, Raden Seri Raysaa Chanela, 3
Dalam pada itu, Mawar juga menjelaskan dia tidak pernah terlintas untuk mengambil tempat sebagai ibu kandung kepada dua anak tirinya hanya kerana dia menunjukkan kasih sayang terhadap mereka.

“Saya tahu ibu kandung kepada anak-anak tiri saya ini seorang yang penyayang juga, seorang single mother yang cekal dan anak-anak ini lah dunia akhiratnya, sudah semestinya dia bersyukur bila saya ikhlas menyayangi anak-anak ini seperti anak saya sendiri.

“Dan pabila saya bercakap tentang perasaan saya menyayangi anak-anak saya ini, tiada istilah kata yang saya tidak menghormati Ibu kandungnya. Saya amat menghormati ibu kandung anak2-anak saya ini.
Mawar berkahwin Raf, pada 9 November 2017.
“Mummy saya juga seorang single mother dari saya berumur 5 tahun, saya memahami perasaan seorang single mother. Dan saya tahu betapa payahnya membesarkan anak-anak sebagai single mother. Mummy saya menjaga kami 7 orang adik beradik, tanpa bantuan sesiapa. Susah payah dan pahit getir mummy saya membesarkan kami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran,” jelasnya.

?Throwback picture, Raya last year? ?? Maaf ya semua. Mawar tak pernah Post reply macam ni, Tapi kali ni Mawar kena explain luahan hati Mawar agar tidak menimbul salah faham netizen. ?? @arizul11 First of all, apabila saya sebut my Little Raden, itu kerana saya jujur & ikhlas menyayangi dia. Pabila dalam waktu yang sesuai, jika saya menyayangi sesuatu atau seseorang, saya akan post & luahkan perasaan cinta saya terhadap apa sekalipun. Terutamanya anak2 tiri saya ini, yang mana anak2 ini saya telah anggap seperti anak kandung saya sendiri. Jika Allah beri saya rezeki cahaya mata satu hari nanti, tiada perbezaan diantara anak kandung saya & anak2 tiri saya. Saya akan terapkan sifat kasih sayang yang sama rata & adil, supaya mereka membesar dalam ketenangan dan penuh kebahagian. • Jika gambar itu sesuai & cantik untuk saya post di ruangan kenangan saya di social media, saya akan post demi mengingati kenangan terindah itu. Seperti mana saya post tentang suami saya, tentang ibu dan ibu mertua saya, keluarga saya dan keluarga Raf juga. Tiada niat yang lain selain itu. Kerana cara saya, saya akan menyimpan kenangan yang membahagiakan saya. • Saya tahu Ibu kandung kepada anak2 tiri saya ini seorang yang penyayang juga, seorang single mother yang cekal dan anak2 ini lah dunia akhiratnya, sudah semestinya dia bersyukur bila saya ikhlas menyayangi anak2 ini seperti anak saya sendiri. Dan pabila saya bercakap tentang perasaan saya menyayangi anak2 saya ini, tiada istilah kata yang saya tidak menghormati Ibu kandungnya. Saya amat menghormati ibu kandung anak2 saya ini. Mummy saya juga seorang single mother dari saya berumur 5 tahun, saya memahami perasaan seorang single mother. Dan saya tahu betapa payahnya membesarkan anak2 sebagai single mother. Mummy saya menjaga kami 7 orang adik beradik, tanpa bantuan sesiapa. Susah payah and pahit getir mummy saya membesarkan kami dengan penuh kasih sayang & kesabaran. • Sambungan di gambar terakhir saya. Salam Ramadhan semua ❤️

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Mawar meluahkan isi hatinya menerusi akaun Instagram selepas salah seorang pengikutnya mempersoalkan tindakannya yang sering menunjuk-nunjuk kemesraan bersama dua anak tirinya di laman sosial tersebut.

Selain itu, pengikut yang menggunakan id @arizul11 itu juga turut menyelar tindakan Mawar memanggil anak tirinya sebagai 'My Lil Raden' kerana anak-anak itu masih mempunyai ibu kandung.

Mawar berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 33, pada 9 November 2017.