Kaw

Jodoh Tak Kenal Usia, Tahniah Elvina Mohamad

Mohamad Bakar
12/03/2018
02:27 MYT
Muda bukan alasan untuk pelakon cantik, Elvina Mohamad, 23, memikir secara serius soal masa depannya. Pertemuan pada tahun 2016 akhirnya memutik rasa sayang bagi pelakon itu dengan seorang Datuk Muda yang juga selebriti sukan permotoran berusia 31 tahun bernama Datuk Mohd Haniff Borhan.
Mereka akan diijabkabulkan pada 18 Mac ini di Hotel Royale Chulan KL. Majlis resepsi seterusnya akan diadakan di lokasi sama pada 24 Mac 2018.Bakal suami cukup memahami dan menghargai.
Malah Elvina menafikan yang dia berkahwin dengan lelaki berkenaan bukan kerana darjat apatah lagi harta dimilikinya. Sebaliknya, lelaki itu cukup menghargai dirinya sebagai wanita. Selain Elvina tertarik dengan kualiti karakter diri yang ada pada diri lelaki itu.
“Kalau ada yang beranggapan saya terima dia kerana pangkat mahupun harta, semua itu tak benar kerana saya kenal dia sejak dua tahun lalu. Ketika itu dia belum lagi berstatus Datuk.
“Selebihnya, dia sangat memahami kerjaya seni saya. Dia pun jenis simple dan kami serasi dalam banyak hal,” katanya.Lamaran di sambutan hari lahir.
Mengenali Haniff pada tahun 2016, cinta itu bagaimanapun bertandang pada tahun lalu ketika mereka bersua kembali buat ke sekian kali sekali gus melahirkan niat melamar dirinya.
“Kiranya tahun lalu baru kami serius bercinta. Lebih mengharukan pada sambutan hari lahir saya Januari lalu, dia meluahkan rasa dan hasrat untuk memperisterikan saya.Tidak kisah bakal isteri teruskan kerjaya.
“Usia juga saya lihat bukan halangan. Malah tak salah pun saya nak pikul tanggungjawab di usia sekarang. Benda baik pun saya rasa tak perlu dilengah-lengahkan. Mungkin juga ini sudah namanya jodoh,” katanya.
Sementara itu, Haniff juga tidak kisah jika Elvina mahu terus berlakon.
"Elvina seorang wanita yang ada perasaan tanggungjawab dan sangat mengambil berat terhadap saya. Sampaikan hal kerja saya pun dia akan sama-sama bantu dan ambil tahu.Rahsiakan nilai wang hantaran.
"Soal kerjaya seninya, saya tak halang. Dia boleh terus berlakon dan saya tak ada masalah tentang hal itu," kata Haniff.
Pada majlis itu nanti, Elvina bakal menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan. Bagaimanapun, mereka memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Viral

Bateri Litium Meletup Dalam Lif, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 28 Hari Dirawat Di Hospital

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video rakaman CCTV memperlihatkan sebiji bateri litium yang dibawa oleh seorang lelaki meletup dan terbakar dalam lif meraih perhatian netizen seluruh dunia.
Hiburan

Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

gempak
26/07/2024
12:55 MYT
Pelakon, Zamarul Hisham mengakui masih menjadi ‘buruan’ peminat yang menggodanya walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun.