Pelawak dan penyampai radio popular Era, Johan, memberitahu akan menjadi diri sendiri sepanjang mengacara program terbaru, Jozan Live bersama sahabatnya Zizan.

Johan ketika ditemui Rojak Daily Kaw! berkata, dia teruja untuk bertemu penonton terutama para peminat Jozan yang sudah lama menantikan kemunculan mereka dalam program sendiri.

Johan & Zizan selepas 6 tahun, bersatu kembali

“Kalau mereka kenal Jozan, mereka tahu kami ni jenis tak cover line! Tapi itu tidak bermaksud kami ‘langgar’ semua.

“Lebih mudah kalau saya kata, kami akan jadi diri sendiri untuk memastikan Jozan Live itu ‘hidup’ dan yang paling penting akan menghiburkan serta puas ditonton,” katanya.

Jozan menjanjikan yang terbaik sepanjang 40 minggu Jozan Live bersiaran

Sementara itu, Zizan mengakui tidak mudah untuk memuaskan hati semua pihak tetapi akan melakukan yang terbaik untuk Jozan Live.

“Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Ada yang suka, ada yang kurang suka. Jozan ini walaupun ‘gila’, tidak bermaksud semua benda kami ‘gilakan’ sewenang-wenangnya.

Jozan bakal menguji selebriti jemputan! Mari kita tengok siapa yang kena...

“Sebagai pengacara yang berpengalaman, sudah tentu perkara-perkara seperti sensitiviti kami utamakan.

“Jozan Live akan bersiaran selama 40 minggu, dan kami akan pastikan ia menjadi platform yang sesuai untuk semua serta sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.

Johan dan Zizan sudah bersahabat lebih 12 tahun

Johan dan Zizan ditemui ketika sidang media memperkenalkan program Jozan Live di Avenue K mall, baru-baru ini.

Tambah dua sahabat ini lagi, konsep yang menarik menjadi sebab mereka menerima tawaran untuk mengendalikan program temu bual tersebut.

Keserasian mereka melayakkan Jozan digelar pelawak pelapis palling otai

"Kali terakhir Jozan bersama adalah menerusi Maharaja Lawak Mega 2012 dan selepas itu kami hanya bekerjasama melalui acara atau majlis luar sahaja.

"Apabila dapat tawaran untuk program ini, kami terus terima sebab tertarik dengan idea konsep yang digunakan, selain bayarannya yang bagus!,” seloroh mereka.

Jozan Live akan ditayangkan setiap Selasa bermula 24 Julai ini bermula pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).