Kaw
“Kalau Boleh Saya Memang Nak Anak Lagi.” - Datuk Awie
Takdir hidup akhirnya membawa vokalis Wings, Datuk Awie berkahwin buat kali ketiga awal Oktober tahun lalu. Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin menjadi insan bertuah yang kembali mewarnai hati pemilik nama penuh Datuk Ahmad Azhar Othman itu.
Lebaran yang bakal hadir tak lama lagi juga ternyata memberi dimensi baru buat Datuk Awie. Tahun ini Datuk Awie beritahu dia akan pulang beraya di Siam bersama isteri tercinta.![Instagram @mrsalpamalo Perkahwinan yang sungguh bermakna.](http://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/mohamad-bakar/june 2017/awie/awie-02.jpg)
![Instagram @mrsalpamalo Perkahwinan yang sungguh bermakna.](http://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/mohamad-bakar/june 2017/awie/awie-02.jpg)
Sempat ditanya apakah isterinya itu sudah mempunyai tanda tanda hamil, pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu memberitahu belum ada perkhabaran gembira yang mampu membuatkan dia tersenyum riang.
“ Umur pun makin meningkat. Kalau boleh saya memang nak anak lagi dengan kadar segera. Cuma berdasarkan perkahwinan terdahulu, hanya selepas setahun baru soal difikirkan. Mungkin juga hal sama akan terjadi untuk perkahwinan kali ini.![Instagram @mrsalpamalo Tidak merancang, berserah kepada rezeki Tuhan.](http://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/mohamad-bakar/june 2017/awie/awie-03.jpg)
![Instagram @mrsalpamalo Tidak merancang, berserah kepada rezeki Tuhan.](http://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/mohamad-bakar/june 2017/awie/awie-03.jpg)
“Dalam hal itu tidaklah saya merancang. Saya percaya semua itu rezeki-Nya,” kata Datuk Awie.
Syawal yang akan menjelma kelak jelas memberikan pengharapan besar daripada Datuk Awie buat rumah tangganya yang terbaru itu.
“Saya harap syawal ini akan bawa erti yang penuh dalam hidup selain kebahagiaan berpanjangan. Saya pun bukan makin nak muda, inilah saki baki kehidupan saya,” katanya.![Instagram @mrsalpamalo Saat diberi penganugerahan yang membawa gelaran Datuk.](http://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/mohamad-bakar/june 2017/awie/awie-04.jpg)
![Instagram @mrsalpamalo Saat diberi penganugerahan yang membawa gelaran Datuk.](http://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/mohamad-bakar/june 2017/awie/awie-04.jpg)
Terdahulu pada 17 Jun lalu, Datuk Awie menjayakan persembahan Raikan Ramadan Al Mubarak Bersama Wings and Superfriends. Ia dicetuskan Awie Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Hotel Premiera KL. Persembahan diadakan di hotel terbabit.![Instagram @mrsalpamalo wajah-wajah keluarga bahagia.](http://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/mohamad-bakar/june 2017/awie/awie-05.jpg)
![Instagram @mrsalpamalo wajah-wajah keluarga bahagia.](http://astrokentico.s3.amazonaws.com/rojakdaily/media/mohamad-bakar/june 2017/awie/awie-05.jpg)
“Ini satu pengiktirafan yang bermakna buat Wings kerana tiada kumpulan rock yang pernah diberi peluang untuk berkolaborasi dengan mana mana hotel pada bulan mulia ini.
“Sebelum ini memang tak ada hotel yang menawarkan peluang sama untuk berhibur sambil beramal. Hasil kutipan jualan meja untuk menonton persembahan ini juga akan disalurkan kepada pertubuhan yang memerlukan,” katanya.
Must-Watch Video