,
Kaw

“Kalau Datuk Siti Pilih Lagu Ciptaan Saya, Umpama Mimpi Jadi Kenyataan.” – Hael

Chempaka Nur Iman
06/04/2017
08:02 MYT
Langkah penyanyi, Hael Husaini, 29, dalam arena penciptaan lagu semakin kukuh apabila karyanya turut meraih perhatian Dayang Nurfaizah.
Lagu gubahannya, Dia, bakal dimuatkan dalam album terbaru penyanyi popular itu yang bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat.
(Kredit Gambar: Instagram Hael @haelhusaini)
Katanya, sebagai komposer yang baharu bertatih dapat menghasilkan lagu untuk nama besar adalah sebagai satu pemangkin dalam melahirkan lebih banyak karya berkualiti.
Malah, jauh di sudut hati bekas kumpulan duo Azhael itu, peluang lagunya dipilih penghibur tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza juga antara impiannya sejak dulu.
(Kredit Gambar: Instagram Hael @haelhusaini)
“Saya sangat mengkagumi kekuatan vokal Dayang Nurfaizah sekali gus menganggap pemilihan Dia sebagai penghormatan buat komposer muda seperti saya.
“Malah pengalaman bekerjasama dengannya juga satu momen yang berharga. Sudah tentu kalau boleh saya juga mahu menghasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza.
(Kredit Gambar: Instagram Hael @haelhusaini)
“Saya juga meminati vokal dan keperibadiannya yang berada dalam kelas tersendiri. Andai suatu hari nanti beliau memilih lagu ciptaan saya, ia umpama mimpi menjadi kenyataan,” katanya.
Selain Dayang, Hael atau Hal Husaini Razmi sebelum ini turut menghasilkan dendangan buat Ameera Othman, Nabila AF, Indah Ruhaila serta Dafi.
(Kredit Gambar: Instagram Hael @haelhusaini)
Mengulas keputusannya berundur dari duo Azhael, katanya beliau kini semakin selesa tanpa kehadiran rakan duetnya, Mohd Azhar Osman, 28.
Biar awalnya mengakui terasa kekok apatah lagi mereka sudah bersama sejak bersaing dalam program realiti Akademi Fantasia (AF) Musim 10 pada 2013, kini Hael sudah bertambah yakin.
(Kredit Gambar: Instagram Hael @haelhusaini)
Pada masa sama, pemilik nama sebenar Hal Husaini Razmi itu turut teruja berkongsi berita mengenai kemunculan single terbaharu berjudul Jampi diharap mampu menyerlahkannya sebagai penyanyi solo.
“Menerusi Jampi peminat akan lebih memahami hala tuju muzik serta identiti saya selepas ini. Pastinya kematangan saya lebih terserlah,” ulasnya lagi.
(Kredit Gambar: Instagram Hael @haelhusaini)
Hael juga tidak mampu menyembunyikan rasa teruja apabila dipilih sebagai penyanyi yang bakal memanaskan persembahan pembukaan An Intimate Evening with Afgan & The Gandarianz di Royal Chulan Kuala Lumpur pada 27 April depan.
Akuinya, peluang berkenaan akan digunakan sebaik mungkin untuk menonjolkan vokal dan aksi terbaik buat peminat.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja

gempak
02/09/2024
06:04 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan bahawa dia tidak memberi fokus kepada mencari pasangan hidup sebaliknya hanya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengembangkan kerjaya.
Hiburan

Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung Berjaya, Rasa Lebih Yakin Depan Kamera

gempak
01/09/2024
05:52 MYT
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menzahirkan rasa gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.
Hiburan

Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

gempak
23/08/2024
03:35 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik mesej yang mempunyai maksud tersirat menerusi platform media sosialnya.
Hiburan

Fatiya Latiff Dedah Bakal Dirikan Rumah Tangga Tahun Hadapan, Dapat 'Green Light" Dari Ibu Bapa

gempak
22/08/2024
08:55 MYT
Pelakon Fatiya Latiff mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan.