,
Kaw

“Kalau Dia Mahu Anak Lagi, Saya Izinkan Dia Kahwin Lagi. Tapi Kalau Saya Rasa Tidak Mampu Bermadu, Saya Akan Minta Dilepaskan.” – Siti Elizad

Mohamad Bakar
21/03/2018
04:00 MYT
Andai berbicara soal poligami atau bermadu, pasti hal itu sering dilihat penuh skeptikal mengikut pandangan masing-masing. Bahkan tak kurang juga terutama kepada golongan wanita yang melihat semua itu bagi satu mimpi ngeri yang sebaik mungkin cuba dielak.
Mungkin tak semua wanita yang berkahwin sanggup memikul tanggungjawab berkongsi suami. Lalu ditanya hal itu kepada Siti Elizad baru-baru ini mengenai soal itu dan kebetulan juga dia dan Fasha Sandha ‘bermadu’ serta berkongsi suami lakonan Zarul Husin di dalam drama Syurga Yang Kedua berakhir siarannya pada 19 Mac lalu, pelakon berbadan kurus dan tinggi lampai itu mempunyai pandangan tersendiri.
Elizad yang sudah bergelar isteri kepada duda dua anak Shamsul Baharin Rahman sejak tahun 2015 itu sukar membayangkan dirinya boleh menjadi seperti Sabrina seperti wataknya dalam drama itu. Jujur pelakon berbakat besar ini tidak sanggup hidup bermadu di alam realiti.Tidak sanggup hidup bermadu.
“Bagi saya drama Syurga Yang Kedua bukan membuka ruang untuk orang di luar sana untuk mengamalkan poligami semata-mata. Akan tetapi ia lebih kepada melihat dulu kekurangan sendiri. Sabrina sendiri tak dapat lahirkan anak sedangkan keluarga mentua mahukan sebaliknya. Tekanan keluarga mentua membuatkan Sabrina sendiri dalam dilema.
“Namun itu perihal Sabrina, ia berbeza dengan saya sendiri. Saya sendiri cakap dengan suami, kalau dia mahukan anak lagi, saya izinkan dia berkahwin lagi. Akan tetapi, jika saya rasa tak boleh teruskan hidup kalau bermadu, saya minta dia lepaskan diri ini dan teruskan hidup dengan cara tersendiri. Saya tak boleh bayangkan hal itu.
"Jujurnya, saya tidak cukup kuat untuk mengharungi kehidupan yang dilalui oleh watak Sabrina. Lebih baik saya undur diri. Memang madu itu dihalalkan. Cuma saya tak nak hidup dengan berkata buruk kepada orang,” kata Elizad.Seronok dihargai peminat.
Elizad ditemui Rojak Daily Kaw! pada majlis tayangan akhir drama Syurga Yang Kedua di The Podium Penchala. Ia dianjurkan kelab peminatnya, Elizad Team dan Fasha Sandha (We Love Fasha Sandha).
Mengenai kelab peminatnya dan inisiatif acara yang dilakukan baru-baru ini itu, Elizad terharu dan rasa dihargai. Kelab peminatnya sudah lima tahun ditubuhkan.
“Seronok apabila ada orang hargai kita terutama yang memuji keberkesanan lakonan dipamerkan. Bukan semata-mata menerima hadiah daripada peminat. Masa yang terluang dengan peminat itu lebih istimewa.
“Hidup ini pun kena menggembirakan orang. Bukan nak tunjuk riak atau dunia artis perlu dipuja. Sebaliknya lebih kepada menghargai momen bersama dengan peminat selain hasil kerja kita dipandang mereka,” katanya.
Elizad selain berlakon juga akan kembali mengacara tahun ini bersama Astro untuk setahun. Program bual bicara membabitkan hal kewanitaan itu dijangka bermula Mei depan atau selepas raya nanti yang menuntut komitmen setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Selain itu, dia juga sedang menunggu waktu penggambaran drama Dian difahamkan bakal bergandingan dengan Fahrin Ahmad.
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

Chef Selebriti Ditangkap Songlap Berlian, Emas Peminat Bernilai RM2.5 Juta

gempak
16/10/2024
07:50 MYT
Seorang chef selebriti yang pernah muncul dalam program masakan Top Chef dan Iron Chef di Thailand ditangkap pihak berkuasa tempatan kerana didakwa menipu dan mengambil barangan kemas milik seorang peminatnya.
Hiburan

Video Fattah Amin Tentang Pesanan Ayah Kembali Tular - “Jangan Pernah Khianati Isteri”

gempak
16/10/2024
04:25 MYT
Tular satu video di TikTok memaparkan pelakon, Fattah Amin berkongsi pesanan yang diberikan ayahnya, Mohd Amin Musa.
Hiburan

Tak Sebelah Mana-Mana Pihak, Fasha Sandha Doakan Yang Terbaik Buat Fazura-Fattah

gempak
14/10/2024
08:25 MYT
Pelakon, Fasha Sandha berkongsi pendapatnya berkaitan pengakhiran kisah rumah tangga sahabat baiknya, Nur Fazura dan Fattah Amin yang sah bercerai pada 7 Oktober lalu.
Hiburan

27 Tahun Bergelar Pelakon, Rita Rudaini Bersyukur Menang Anugerah Aktres Pembantu TV Popular - “Alhamdulillah, Sampai Sekarang Orang Kenal Saya”

gempak
12/10/2024
05:07 MYT
Hampir tiga dekad dalam industri hiburan, pelakon Rita Rudaini mencipta sejarah apabila pertama kali merangkul trofi di Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular.
Hiburan

Dinobat Sebagai Pemenang Bintang Popular, Aina Abdul Akui Pengorbanan 10 Tahun Berbaloi - “Perjalanan Karier Saya Tak Mudah”

gempak
12/10/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul mengakui tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 selepas meraih 8,882,662 undian daripada peminat.
BorakSeeni