Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Kalau Kahwin Perempuan Gila Tu Aku Bunuh Kau” – Saharul Ridzwan Terima Ugutan Gara-Gara Shah

Mya Amri
31/07/2018 04:44 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan menerima mesej ugutan ‘bunuh’ gara-gara ada penonton yang terlalu geram dengan watak yang dibawanya dalam drama Jangan Benci Cintaku.

Saharul bagaimanapun tidak mengambil serius tentang perkara itu kerana memahami ramai yang membenci karakter Shah sehingga dia juga turut terkena tempias tersebut.

Saharul juga membalas mesej tersebut dengan kapsyen lucu selepas memuat naik imej ‘screenshot’ ugutan itu diakaun Instagramnya baru-baru ini.

“Hiburan pagi hari, saya tahu dia memain tapi tergelak bila baca. Teruk sangat ke Shah ni? Hahahahahaaha. Ni cerita tak habis lagi ni. Standby baju kalis peluru lah @sr.tigers #JanganBenciCintaKu,” tulisnya
 
 

Hiburan pagi hari, sy tahu dia memain, tapi tergelak bila baca. Teruk sgt ke Shah ni? Hahahahahaaha. Ni cerita tak habis lagi ni. Standby baju kalis peluru lah ? @sr.tigers ? @paliyahyalatest #JanganBenciCintaKu

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan Saharul mengenai watak Shah, rata-rata pengikutnya memberikan komen beremosi yang menyatakan marah dan sakit hati dengan perangai Shah itu

Jangan Benci Cintaku merupakan drama terbitan Suhan Movies yang telah mencetus fenomena itu dibintangi oleh Saharul, Zahirah MacWilson dan Niena Baharun.
 
#Selebriti #Selebriti