KAW
“Kalau Nak Hukum, Hukumlah Saya. Jangan Serang Dan Hukum Ibu Bapa Saya.” – Sara Ali
Sara Ali, 27, mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung sejak Oktober tahun lalu. Pengakuan itu jelas mengiyakan gambarnya ketika bercuti di Shanghai, China tidak mengenakan tudung bersama seorang lelaki yang tular sebelum ini.
Sara yang pernah membintangi filem Songlap mengejutkan industri hiburan awal tahun lalu dengan keputusan bertudung. Perubahannyq dilihat begitu drastik dengan keputusan bertudung itu. Namun dia mengaku selepas 10 bulan bertudung, dirinya tidak lagi mampu menjadi hipokrit.

"Keputusan bertudung ketika itu saya buat bukan atas dorongan diri sendiri, tapi kerana terpengaruh dengan sebuah perniagaan yang bersifat keagamaan. Cuma ketika Oktober tahun lalu, saya rasa apa yang dilakukan seperti tidak betul.
"Saya sedar keputusan membuka tudung ini bukan cerita yang wajar dipuji dan dibanggakan. Cuma saya tidak boleh lagi berbohong dengan diri sendiri dan menjadi hipokrit.
"Silap saya sendiri membuat keputusan bertudung ini tanpa berfikir panjang. Saya seperti tak menjadi diri sendiri," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

"Silap saya sendiri membuat keputusan bertudung ini tanpa berfikir panjang. Saya seperti tak menjadi diri sendiri," katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Sara juga mengakui bersedia menanggung kekhilafan dirinya itu tanpa perlu dituding jari kepada pihak lain.
"Saya tak cakap keputusan membuka tudung ini satu tindakan betul. Biarlah antara saya dan Dia.
"Saya juga terbuka menerima komen. Malah saya turut membiarkan komen apa saja di laman sosial dengan hati terbuka.

"Kalau nak attack, attack lah saya. Hukum saya. Tapi jangan hukum dan serang ibu bapa saya," katanya
Sekalipun sudah membuat keputusan bertudung sejak Oktober tahun lalu, Sara mengakui dirinya belum berani mengambil gambar selfie atau dirinya tanpa bertudung di laman sosial termasuk di Instagram.
"Perasaan hormat dan takut itu masih ada. Saya selfie pun fikir panjang sama ada nak post atau tidak. Enam bulan juga saya bertahan tak upload gambar sendiri.

"Kalau ada yang perasaan saya hanya upload gambar pemandangan atau orang lain sahaja dalam tempoh itu," katanya.
Baru-baru ini di saat kisahnya membuka tudung panas dan menjadi sensasi, supertelefilem berjudul Beringin lakonannya turut disiarkan di Astro Citra.
Bagaimanapun Sara memberitahu penggambaran supertelefilem itu dijalankan pada tahun 2015 iaitu sebelum dia bertudung.