Pelakon Bella Dally mengesahkan perkahwinannya dengan aktor Nazim Othman telah berakhir.

Pendedahan mengejutkan itu dilakukan Bella menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Menerusi kenyataan Bella, aktres itu memberitahu telah mencuba sedaya upaya memperbaiki kelemahan masing-masing namun tidak berhasil.
Bagaimanapun, Bella tidak menjelaskan punca penceraian yang berlaku di antara mereka berdua.

Sementara itu, Nazim menerusi akaun Instagramnya memberitahu keputusan berpisah dibuat atas persetujuan bersama.
Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016.