Skip to main content

Market Trends

"Kami Okay" – Ulas Ayda Jebat Tentang Insta Story Janna Nick

ayda-01.jpg

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat tidak tahu menahu mengenai kenyataan 'selebriti plastik' yang diluahkan Janna Nick menerusi Instagram, baru-baru ini sekali gus tidak terasa apabila netizen mengaitkan dirinya.

Ayda berkata, tiada sebab untuknya berasa kecil hati memandangkan selama ini hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

Tidak anggap ditujukan pada dirinya.

"Saya tidak tahu sama ada perlu terasa atau sebaliknya kerana luahan hati Janna itu tidak berkaitan dengan saya. Saya juga tidak anggap luahan itu ditujukan kepada saya kerana hubungan kami macam biasa, okay saja.

"Ketika muncul dalam Melodi pada Ahad lalu, kami berdepan kekangan kerana masing-masing mewakili jenama telefon yang berlainan. Itu saja. Memang kami tidak boleh mempromosikannya bersama-sama.

Wakil jenama telefon berbeza.

"Sebelum bersiaran pun, kami sempat berlatih, malah semua sudah maklum kami juga tidak boleh mengambil swafoto bersama-sama disebabkan dia menjadi duta bagi jenama telefon lain.

“Sebelum ini, kami selalu jumpa di rumah Kak Sheila Rusly untuk makan beramai-ramai. Ada ketika, Janna juga akan datang ke lokasi penggambaran jika saya berlakon di bawah produksi Sheila," katanya ketika di temui pada Previu Program Syawal Terima Kasih 2018 Media Prima, semalam.

Janna tuduh seseorang sebagai selebriti plastik.

Sejak Ahad lalu, status Janna yang dikongsi menerusi Insta Story mengundang perhatian ramai terutama luahan berhubung 'selebriti plastik' yang dikatakan cuba merapatkan diri dengannya.

Nama Ayda turut terkena tempias tekaan ramai apabila perkongsian berkenaan dimuat naik pengacara Melodi itu pada sebelah malam Ahad lalu iaitu selepas beberapa jam Ayda hadir sebagai artis jemputan program berkenaan.

Tidak mahu sesiapa salah sangka.

Biarpun kenyataan yang dikongsi menerusi Insta Story pada malam itu tidak menyebut nama sesiapa, kemunculan Ayda memberi tempias hingga ramai mengandaikan luahan Janna itu ditujukan kepadanya.

Sementara itu, Ayda menyatakan tidak menyalahkan sesiapa termasuk media, netizen mahu pun Janna apabila isu terbabit dibangkitkan sebaliknya bimbang andai peminat mereka salah sangka.

Must-Watch Video