Skip to main content

Market Trends

"Kami Sering Bergurau di Laman Sosial Dan Dari Situ Perkenalan Pun Berputik." - Sufian Suhaimi

sufian-suhaimi-01.jpg

Persahabatan mereka mula disalah erti. Tapi Rojak Daily Kaw! lihat kalau betul pun mereka bercinta, tiada kesalahan pun. Masing-masing kan solo. Elfira pun sudah genap 23 tahun pada 8 Mac lalu. Sufian pun sudah kembali solo selepas hubungan dengan seorang gadis putus di tengah jalan. Tak baik tau, netizen kata Elfira yang menjadi punca keretakan hubungan itu.

Elfira bukan orang ketiga - Sufian. (Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terakhir itu pun sudah menafikan yang Elfira orang ketiga. Mengimbas kembali bagaimana mereka boleh akrab, jejaka berkaca mata berusia 25 tahun itu memberitahu semuanya bermula selepas dia mengeluarkan kenyataan untuk sebuah penerbitan bahawa Elfira Loy menjadi ‘celebrity crush’ dirinya.

“Daripada situ, Elfira mula menegur saya di Twitter. Daripada situ kami sering bergurau di laman sosial itu dan perkenalan pun mula berputik. Saya buat kenyataan itu juga sebagai bukti yang diri ini bukan gay seperti yang pernah diperkatakan gara-gara usikan status Twitter, "I’m gay and this is not a tweetjack" yang ditularkan semula.

Selalu usik mengusik di laman Twitter.(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

“Status di Twitter itu di berlaku kira kira lima tahun lalu selepas digodam rakan tanpa pengetahuan saya,” katanya yang rapat dengan Elfira sekitar sebulan lalu.

Bagaimanapun tahun lalu ketika rancak mempromosikan lagu Terakhir yang memperkenalkan dirinya di arena seni, dia sudah bertemu dengan Elfira di kafe Love Me Seven Days.

Sufian dan Elfira masih lagi dalam proses berkawan.(Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

“Awalnya saya hadir sebagai tetamu di stesen radio ERA. Elfira pula awalnya menjadi pemanggil misteri untuk memberi kejutan kepada saya ketika ditemubual di radio ERA. Seterusnya dia mengajak saya ke kafe miliknya. Ketika itu saya ke kafenya tidak berseorangan. Perkenalan kami berakhir di situ. Tak sangka pula kami jadi rapat pula tahun ini sebagai kawan,” katanya yang kini rancak mempromosikan single terbaharu Harus Aku.

Must-Watch Video