Karnival Karangkraf Meriah Bersama Astro telah pun membuka tirai dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan khas buat pengunjung yang hadir.

Antara aktiviti yang disediakan ialah Gelak Santai Bersama Sepahtu, Sesi beramah mesra bersama barisan pelakon drama-drama popular seperti Pengantin Musim Salju, Bila Aidil Ada Fitri, Tergantung Rindu, Awak Suka Saya Tak, Rahsia Hati Perempuan dan banyak lagi.

Selain itu kanak-kanak juga turut dihiburkan dengan kehadiran mascot Omar & Hana, Cheek-E, Ultraman dan aktiviti seperti mewarna juga turut disediakan.

Dalam pada itu, pengunjung yang hadir boleh membeli-belah dikarnival tersebut kerana lebih 20 buah ‘booth’ menarik antaranya yang menjual baju raya, tudung, kuih raya, minyak wangi, alat solek dan juadah berbuka juga telah dibuka.

Karnival yang berkonsepkan dataran terbuka di Bangunan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam akan berlangsung selama tiga hari bermula semalam (Jumaat) hingga Ahad ini.

Karnival yang bercorakkan dataran terbuka ini bermula pada jam 2 petang sehingga 2 pagi.

Jadi luangkanlah masa hujung minggu untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada Karnival 2018 Astro x Karangkraf.