UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Kaw

Kayda Aziz Berdebar Rakam Lagu Dengan Sheila Majid

Amirul Afiq 12/01/2017 | 07:22 MYT
Penyanyi hip hop, Kayda Aziz mengakui berdebar diberi peluang masuk studio menjalani rakaman bersama idolanya, Datuk Sheila Majid, membawakan semula Sinaran dalam versi remix.

Biarpun berstatus anak kepada penghibur idola ramai itu, dalam bekerja pemilik nama sebenar Wan Nur Khaleda Aziz, 25, melihat ia sebagai sebagai tanggungjawab besar.

Melihat jurang perbezaan, beliau mengakui sukar melelapkan mata pada malam sebelum sesi rakaman mengenangkan cabaran yang perlu dilalui keesokan harinya.

Kyda berbangga dapat berduet bersama idolanya yang juga ibunya sendiri (Kredit Gambar: Amirul Afiq)
“Mungkin orang akan kata merakamkan lagu dengan ibu sendiri tidak sesukar mana. Dalam bekerja, saya perlu profesional apatah lagi mahu bekerjasama dengan penyanyi berpengalaman seperti beliau.

“Sudah tentu saya perlu melakukan persediaan dengan baik. Bukanlah bermakna ibu saya sangat mementingkan kesempurnaan, tetapi sebagai orang baharu yang diberi peluang ini tentu saya enggan mengecewakannya.

“Syukur sepanjang rakaman, saya mampu rap dengan baik. Beliau juga tidak mendesak sebaliknya membiarkan saya bebas berekplorasi dengan gaya sendiri,” katanya yang mengakui teruja berganding bahu dalam projek khas Anlene Movemax itu.

Kyda enggan mengecewakan dengan tanggungjawab yang diberi (Kredit Gambar: Amirul Afiq)
Lagu Sinaran yang seusia pembabitan penyanyi dalam arena seni suara 30 tahun lalu diberikan nafas baharu dengan sedikit elemen rap untuk kempen promosi jenama Anlene yang menyaksikan Sheila sebagai duta.

Terdahulu, akui Kayda, ketika berusia awal belasan tahun dirinya pernah berpadu suara dengan ibunya untuk lagu 'Kisah Rumah Tangga' yang dimuatkan dalam album Legenda XV XX.

Menyingkap latar belakang guru montessori ini, minat terhadap nyanyian bercambah sejak usia 13 tahun namun hanya pada 2014 beliau tampil menerusi single, 'Go Hard Or Gostan' dan 'Gucci Dowh' bekerjasama dengan Hunny Madu.

#Selebriti #Selebriti
;