Kaw
Kehidupan Baru Tony Eusoff Selepas Peristiwa Hitam
Agak lama menyepi daripada bidang seni, kemunculan pelakon popular, Tony Eusoff sama ada di pentas teater dan drama sentiasa dinantikan peminatnya. Namun, ia bukan mudah untuknya mengharungi kehidupan baru selepas terpalit dengan peristiwa hitam pada tahun lalu.
Bercerita kehidupan baru kini, Tony menyatakan dia sebenarnya terkejut dengan reaksi orang sekeliling yang memberi semangat dan sokongan padanya selepas apa yang pernah berlaku sebelum ini. Seperti dilaporkan Augustman, sokongan rakan-rakan membuatkan semangatnya semakin kuat dan membantunya daripada rasa malu dan bersalah.
Tony meringkuk selama lima bulan 10 hari di penjara Admiralty West, Singapura sebelum dibebaskan pada 1 Oktober tahun lalu mengakui kehidupan dalam penjara sememangnya menjadi pengalaman memeritkan. Dia keluar lebih awal daripada tempoh hukuman sebenar iaitu lapan bulan atas kesalahan memiliki dadah.
Berkongsi pengalaman dalam tirai besi itu, Tony menyatakan ia adalah perkara paling teruk berlaku dalam sejarah hidupnya. Jelasnya, dia mengalami gangguan emosi ketika bulan pertama berada di tempat baru itu sebelum menyesuaikan diri.
Tambahnya, sukar untuknya membiasakan diri cuma dua kali sebulan dia menerima kunjungan daripada kekasihnya. Sebagai seorang selebriti, dia menyatakan ramai banduan di sana yang mengenalinya sebagai pelakon.
Di sebalik pengalaman yang disifatkan teruk berada dalam penjara, dia masih berasa selesa apabila banduan lain menunjukkan semangat 'brotherhood' dan pengalaman itu menjadi suatu yang berharga buatnya, seperti dilaporkan beritamediacorp.
Must-Watch Video