Kaw
"Keluarga Lebih Penting" - Yatt Hamzah
Selepas empat tahun meninggalkan dunia lakonan kerana memberi tumpuan kepada perniagaan dan keluarga, Yatt Hamzah sempat melepaskan kerinduan terhadap dunia yang pernah diterokanya itu baru-baru ini. Sekalipun hanya membintangi sebagai cameo, tawaran yang dihalakan kepadanya oleh penerbit terkenal Sheila Rusly menerusi produksi milik beliau, JS Pictures.
Yatt membintangi drama Baitul Rahmat yang pernah disiarkan di TV1 pada tahun 2012. Drama berkenaan pernah disiarkan pada bulan Ramadan dan berjaya menarik tontonan ramai. Yatt berkongsi keterujaan itu kepada Rojak Daily Kaw! mengenai drama yang dihasilkan bagi musim terbaharu itu.
“Sudah lama tinggalkan dunia lakonan ini, rasa keras dan kaku juga nak berlakon. Saya menerima pun cerita ini musim dahulu saya heroinnya. Sis Shiela Rusly pun nak saya berlakon.
“Lagipun hanya beberapa babak sahaja dan tak ambil masa lama. Jadi saya penuhi juga hasrat Sis. Kalau nak ambil cerita yang memakan masa penggambaran berhari-hari memang tidaklah. Tak sempat dengan nak uruskan perniagaan dan anak lagi. Lagipun anak saya masih kecil,” katanya.
Permata hati kedua Yatt Hamzah, Suci Humaira Iqlima. (Kredit Gambar: Mohamad Bakar)
Yatt kini juga sudah mempunyai anak kedua. Suci Hanania Malika menerusi perkahwinan pertama dan terbaharu Suci Humaira Iqlima berusia 55 hari. Suci Humaira Iqlima menjadi bukti cinta perkongsian hidupnya kali kedua dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin. Mereka berkahwin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pada 27 Februari 2016.
“Kehidupan saya bertambah lengkap dengan kehadiran Suci Humaira Iqlima. Harapnya dua anak saya akan jadi anak yang solehah,” katanya.
Yatt kini juga berjauhan seketika dengan suami tersayang yang ke Syria, Palestin untuk misi kemanusiaan.