Penyanyi Lan Solo melahirkan rasa gembira apabila pembedahan untuk mencantumkan bahagian bibir sumbing anak keempatnya, Nur Amna Quxandra dipercepatkan.

Pembedahan tersebut akan dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 31 Mei depan.
Isteri Lan, Nur Sheila Hassim selamat melahirkan Nur Amna Quxandra pada 24 Februari lalu.
Menurut Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, doktor memberitahu anaknya tidak perlu menunggu lama untuk menjalani pembedahan kerana masalah sumbing yang dialaminya tidak serius.

“Alhamdulillah, kami baru membawa Amna untuk melakukan pemeriksaan baru-baru ini dan doktor mendapati sumbingnya hanya terpisah di bahagian bibir sahaja. Cuma kesan sampingannya akan ada satu bahagian pada lelangit yang mungkin tidak bergigi.
Nur Amna Quxandra bakal jalani pembedahan 31 Mei depan.
“Doktor juga memberitahu kondisi Amna amat sesuai untuk menjalani pembedahan tanpa perlu menunggu berat badannya mencecah sehingga 5 kilogram,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Tambah Lan lagi sebelum menjalani pembedahan, Amna perlu berada dalam keadaan sihat.

“Kami terpaksa kuarantinkan Amna terutamanya apabila tarikh pembedahan semakin hampir. Dalam tempoh tersebut Amna tidak boleh demam.
Selain Xandra, tiga lagi cahaya mata kesayangan Lan iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, dan Muhammad Akid Qassyaff,3.
“Jadi kami perlu memastikan kesihatan Amna berada pada tahap yang memuaskan sebelum menjalani pembedahan untuk mengelakkan proses tersebut ditangguhkan,” jelasnya.

Isteri Lan, Nur Sheila Hassim selamat melahirkan Nur Amna Quxandra pada 24 Februari lalu.

Selain Amna, pasangan ini juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna
Qeesyara, 4, dan Muhammad Akid Qassyaff,3.

Dalam perkembangan lain, Lan baru sahaja tampil dengan single terbaru berjudul Berpisah Tanpa Rela.