KAW
"Kena Tanya Dia Balik Kenapa Tabur Fitnah. Saya Tunggu Apa Pula Kenyataan Dia Selepas Ini." - Zahirah Macwilson
Sensasi industri hiburan panas kembali ketika ini apabila kisah putus cinta pasangan Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson menjadi perhatian baru baru ini.
Pelakon berbadan sado yang sedang sibuk di lokasi penggambaran filem Misteri Di Laila itu mengesahkan yang mereka sudah putus sejak sebulan lalu. 

Zul juga menegaskan yang hubungan mereka tidak dapat diselamatkan lagi selepas mekar sejak tiga tahun lalu. Malah Zul sendiri tidak kecewa dengan keputusan yang dibuatnya untuk tidak lagi bersama Zahirah.
Menerusi kenyataan Zul, dia sendiri kecewa dengan tindakan Zahirah yang masih mampu berselfie di depan jenazah ibunya, Robiah Nasir yang meninggal dunia hujung tahun lalu.
Sementara itu, Zahirah yang baru baru ini meletup dengan drama Duda Pujaan Dara dan Tak Ada Cinta Sepertimu menganggap bekas kekasihnya itu sebagai menipu selain menganggap semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya sebagai fitnah.
Zahirah sendiri mempersoalkan kenapa Zul bertindak sedemikian.“Kena tanya dia balik kenapa tabur fitnah. Saya tunggu saja apa pula kenyataan dia selepas ini. 

“Saya pun tak pasti apakah dia akan terus membisu selepas ini selepas melemparkan pelbagai tuduhan kepada saya. Sedap saja tuduh saya itu ini dan kemudian senyap,” katanya.
Mengenai dakwaan selfie di tanah pengebumian itu, Zahirah mengakui masih waras untuk berbuat demikian.
“Orang gila saja yang akan selfie ketika orang sedang bersedih atau di depan jenazah. Tak ada sesiapapun yang selfie seperti didakwanya,” kata Zahirah kepada Rojak Daily Kaw!
Must-Watch Video