KAW
Kenali 3 Teraju Utama Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2
Filem box office Indonesia, Surga Yang Tak Dirindukan (SYTD) pada tahun 2015 cukup memberikan impak pada peminat filem Indonesia sehingga sekualnya, Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD2) menemui penonton di Malaysia 16 Februari yang lalu. Filem yang diangkat dari novel Asma Nadia ini berkisarkan isu poligami dan bagaimana pengorbanan seorang isteri yang begitu mencintai suaminya telah mencipta fenomena di negara kita. Kami berkesempatan bertemu Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella dan Raline Shah di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk malam gala filem SYTD2 di Malaysia.

Gambar: Syamil/Rojak Daily

Penulis novel SYTD, Asma Nadia. (Gambar: Syamil/Rojak Daily)
Ditayangkan di 83 pawagam seluruh Malaysia, filem ini berjaya menangani isu berat iaitu isu poligami dengan cara berhemah. Kehadiran pelakon-pelakon utama yang kuat jelas menjadi tunjang bagi filem arahan Hanung Bramantyo. Digarap secukup rasa, filem yang meruntun emosi ini seharusnya menjadi filem wajib tonton. Bagi anda yang baru pertama kali menonton hasil lakonan Fedi Nuril (Prasetya), Laudya Cynthia Bella (Citra Arini) dan Raline Shah (Meirose), mari kenali pelakon-pelakon ini dengan lebih dekat.
Fedi Nuril

Gambar: Syamil/Rojak Daily
Bagi jejaka berusia 35 tahun ini, namanya bukan asing lagi dalam industri perfileman Indonesia. Mula dikenali menerusi filem Garasi pada tahun 2006, aktor yang turut bergelar model dan pemuzik kumpulan Garasi ini semakin mencipta nama selepas filem adaptasi novel Ayat-Ayat Cinta menjadi hit dan box office di Indonesia.
Bagi Fedi Nuril yang membawakan watak Prasetya, seorang lelaki yang mempunyai dua isteri, perubahan watak dari filem yang pertama dan SYTD2 tidak banyak bezanya. Cabaran terbesar buat Fedi bagi filem SYTD2 ini semestinya berlakon di Budapest, Hungary dalam keadaan musim sejuk.

Gambar: Astro Shaw
“Pertama kali mengetahui filem Surga Yang Tak Dirindukan akan dibuat sambungannya, saya agak risau kerana tidak tahu ceritanya bagaimana. Namun dengan tunjuk ajar novelis serta pengarahnya, ia merupakan pemangkin semangat untuk saya mahu membawakan watak Prasetya di SYTD2”, jelasnya.
Buat novelis Surga Yang Tak Dirindukan, Asma Nadia, watak Prasetya yang beristeri dua sememangnya layak dipegang Fedi Nuril. Menariknya lagi, setelah melakonkan dua filem yang memerlukan dia berpoligami iaitu Fahri di dalam Ayat-Ayat Cinta dan Prasetya di dalam SYTD2, Fedi banyak belajar mengenai poligami dan berpoligami merupakan sesuatu yang sangat sukar.
Antara filem-filem lakonan Fedi Nuril
- Ayat-Ayat Cinta (2007)
- 5 CM (2012)
- Moga Bunda Disayang Allah (2013)
- Supernova (2014)
- Surga Yang Tak Dirindukan (2015)
Laudya Cynthia Bella

Gambar: Syamil/Rojak Daily
Laudya Cynthia Bella atau lebih mesra dipanggil Bella, dia turut bergelar seorang model sebelum terjun ke bidang lakonan. Berusia 29 tahun, kerjaya Bella sebagai aktres rancak di kaca televisyen serta di layar perak sejak tahun 2004 lagi.
Selain sibuk berlakon, Bella turut mencungkil bakat nyanyiannya bersama kumpulan BBB (Bukan Bintang Biasa) bersama Raffi Ahmad, Chelsea Olivia, Dimas Beck dan Ayushita di bawah asuhan Melly Goeslaw.
Menurut Bella, melakonkan watak Citra Arini adalah satu pengalaman yang luar biasa terutamanya apabila filem ini mencipta fenomena di Malaysia.

Gambar: Astro Shaw
“Di dalam filem ini, cabaran untuk membawa watak Arini, saya perlu belajar untuk menjadi begitu ikhlas. Selain itu, beza antara filem SYTD, saya perlu menurunkan berat badan dengan banyak bagi menjayakan filem SYTD2. Chemistry antara saya dan Nadia, anak saya di dalam filem ini juga perlu dikuatkan kerana terlalu banyak elemen menyentuh hati antara Nadia dan ibunya.
Antara filem-filem lakonan Laudya Cynthia Bella
- Dibawah Lindungan Kaabah (2011)
- Belenggu (2013)
- Haji Backpacker (2014)
- Surga Yang Tak Dirindukan (2015)
Raline Shah

Gambar: Syamil/Rojak Daily
Mula dikenali menerusi pertandingan Puteri Indonesia pada tahun 2008, Raline banyak menerima tawaran lakonan dan mengacara setelah memenangi kategori Puteri Kegemaran. Berusia 32 tahun, filem 5 CM yang dilakonkan pada tahun 2012 cukup membuka mata peminat dan pengarah filem bahawa bakat lakonannya tidak harus dipersia.

Gambar: Astro Shaw
Aktres dan model berdarah campuran dua negara, Indonesia dan Malaysia ini senang sekali menjiwai watak Meirose, seorang isteri yang cuba melupakan masa lampaunya apabila hampir menghancurkan rumahtangga Prasetya dan Arini. Pernah digandingkan bersama Fedi Nuril di dalam tiga filem sebelumnya, ini memudahkan mereka berdua membentuk chemistry.
Antara filem-filem lakonan Raline Shah
- 5 CM (2012)
- 99 Cahaya Di Langit Eropa (2013)
- Supernova (2014)
- Surga Yang Tak Dirindukan (2015)
Di sebalik tabir filem SYTD2

Gambar: Astro Shaw

Gambar: Astro Shaw

Gambar: Astro Shaw

Gambar: Astro Shaw

Gambar: Astro Shaw