Kaw
Kenapa JoHaRa Pagi Era Tidak Akan Keudara Lagi Di Sabah?
Jika sebelum ini pendengar Era FM Sabah mendengarkan segmen Johara Pagi Era setiap pagi sama seperti pendengar di semenanjung, bermula 24 April ini kandungan Era FM Sabah akan bertukar dengan menghidangkan 100% kandungan lokal, menepati selera pendengarnya.
Tiada lagi segmen JoHaRa Pagi Era di Sabah? Era FM Sabah kini sedang dalam misi mencari penyampai pagi menerusi kempen Pencarian Penyampai Pagi Era FM Sabah.
Menurut Pengurus Besar Astro Radio, Hafizuddin Nizamuddin, “kami berbesar hati membawakan kandungan sepenuhnya yang memfokuskan keunikan bumi Sabah. Inilah peluang terbaik untuk anak-anak Sabah yang berbakat besar dan bercita-cita untuk menjadi penyampai radio, menyertai keluarga Era FM Sabah sebagai penyampai”.
Gambar: Era FM Sabah
Diraikan juga oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, beliau percaya Era FM Sabah akan kekal menjadi stesen radio nombor satu di Sabah. “Menerusi kandungan lokal ini, ia mampu mengangkat budaya, bahasa, warisan dan keindahan negeri Sabah”, ujarnya lagi.
Buat anda yang berminat menyertai pencarian ini boleh datang ke lokasi yang telah ditentukan iaitu bermula jam 5.00 petang hingga 7.00 malam di CKS Donggongon pada 20 Mac, Center Point pada 21 Mac dan Servay Putatan pada 22 Mac. Selain itu, ujibakat turut diadakan di Universiti Malaysia Sabah pada 23 Mac bermula 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang dan di Genting Mas Sandakan Harbour Mall pada 24 Mac bermula 2.00 petang hingga 4.00 petang dan 5.00 petang hingga 7.00 malam.
Turut menyokong 100% kandungan lokal Era FM Sabah, apa pula kata penyampai Era FM Sabah?
Jay Jay
"Kenapa Era FM Sabah perlu ada segmen pagi, itu adalah permintaan dari para pendengar di Sabah. Ia sangat memudahkan terutamanya dari segi bahasa. Jika di Sabah ni, Era FM bukan setakat radio malah kami rapat umpama kawan kepada semua pendengar Era FM di Sabah".
BeeBey
"Masyarakat Sabah mahukan 100% daripada Sabah, kalau boleh mereka mahukan orang Sabah dan bercakap bahasa Sabah. Selain itu juga, orang Sabah sememangnya terkenal dengan bakat mereka. Pandai menyanyi, pandai melawak, jadi kenapa tidak cari yang pandai jadi penyampai radio juga kan?"
Kim
"Bila orang Sabah bercakap dengan orang Sabah juga, ia lebih dekat di hati. Rasa macam dengar orang kampung sendiri yang bersembang. Orang Sabah kan terkenal dengan sikap peramah, bila jumpa, boleh terus jadi kawan".
Christboy London
"Dah 7 tahun Era FM keudara di Sabah, kami sememangnya memerlukan 100% orang Sabah untuk hiburkan semua pendengar kami".
Must-Watch Video