KAW

Kenapa Mus May Cari 'Budak Smule'?

Fiza Kamarudin 20/07/2018 | 06:24 MYT
Vokalis kumpulan rock lagenda May, Mus, mencari kaki Smule dan karaoke berentap menandingi vokalnya menyanyikan lagu Sri Kandi Cintaku menerusi cabaran #PerutusanChallenge.

Menerusi #PerutusanChallenge, Mus mencabar netizen menyanyikan bahagian chorus lagu nyanyian asal Bloodsheed tersebut yang dijadikan runut bunyi (OST) filem komedi seram Hantu Kak Limah, arahan Mamat Khalid.

Jangan risau...Mus tidak sekejam yang difikirkan sebab korang hanya perlu tarik pada bahagian ‘PERUTUSAN’ untuk cabar range suara korang, samada mampu mengatasi vokal penyanyi Cintamu Mekar Di Hati itu atau tidak.

Caranya mudah sahaja. Rujuk Instagram Astro Shaw ni:

Mudah bukan? Kepada yang dah tak sabar-sabar nak menonton sekuel filem Hantu Kak Limah ini, jangan lupa ke pawagam berhampiran pada 9 Ogos nanti.

Rugi kalau tak tonton sebab, khabarnya Hantu Kak Limah kali ini lebih menggeletek! Silap-silap kena bawa tisu masuk panggung untuk lap air mata kerana terlalu kelakar.


Paling best, selain Datuk Awie yang terkenal dengan watak Husin dan Delimawati sebagai Kak Limah, ramai lagi yang akan bersama Kak Limah untuk menghantui korang, iaitu, watak baru seperti Ropie Cecupak sebagai Nayan, Zul Ariffin sebagai Encik Solehin, Mus May sebagai bapa bunian dan Uqasha Senrose sebagai Zaitun.

Tidak ketinggalan kemunculan watak kameo seperti Erra Fazira, Datuk Seri Vida dan Jue Aziz.


Kalau dulu Husin bercinta dengan Cik Nin (Ummi Nazeera) dan Mon (Ezlynn), kali ini Husin tertawan dengan pula Puteri Bunian bernama Zaitun lakonan Uqasha Senrose.

Dengar cerita Puteri Bunian pun meminta gediknya? Husin kahwin bunian ke nanti?

Sebelum tu, kita tambah kehangatan sempena kemunculan Kak Limah dengan sinopsis di bawah:

Hantu Kak Limah mengisahkan tentang misteri kematian Kak Limah selepas berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya.


Kampung Pisang menjadi riuh gara-gara orang kampung diganggu oleh hantu Kak Limah. Betul ke Kak Limah dah jadi hantu sebab Husin dan rakan-rakannya nampak Kak Limah di rumah.

Siapakah yang mereka temui sebenarnya? Mereka meminta bantuan Encik Solihin yang merupakan guru silat untuk memburu Kak Limah. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada penduduk Kampung Pisang sepanjang berdepan dengan Hantu Kak Limah.

Tak puas baca sinopsis? Jom layan OST Hantu Kak Limah ni. Paduan vokal Datuk Awie dan Mus, mantap weh!!!

#Selebriti #Selebriti