Kalau sudah rezeki tidak kemana. Itulah yang paling sesuai digambarkan buat peserta Gegar Vaganza 3 (GV3) ini iaitu Gmie yang sepatutnya telah menamatkan gegarannya pada konsert suku akhir Ahad lalu.

Gmie kembali bersaing selepas penaja premium GV3 Dato' Seri Vida menggunakan kuasa imuniti yang dimilikinya untuk menyerap semula Gmie bagi bersaing di pentas separuh akhir hujung minggu ini.

Berterima kasih kepada Dato' Seri Vida yang memberikan imuniti kepada beliau untuk terus bertanding.

Rojak Daily Kaw! berpeluang berjumpa dengan Gmie yang ternyata gembira dengan keputusan itu. Penyanyi yang humble dan menyenangkan ini, percaya pada rezeki yang sudah ditentukan.

"Terima kasih buat semua terutamanya Dato' Seri Vida yang memilih saya dan penyokong yang tidak pernah bosan dengan bakat saya. Ini semua adalah kepercayaan yang sangat bermakna buat saya.

"Saya akan gunakan peluang yang diberikan sebaik mungkin untuk mencuba yang terbaik," katanya. Itulah Gmie yang sangat menjaga tutur kata serta merendah diri. He is very genuine dan tidak ada langsung nada riak bila bersembang.

Di sebalik berita gembira itu, rupanya ada yang tidak best bagi anak jati jawa dari Sijangkang, Klang ini. Akuinya, dia sedikit terguris dengan dakwaan pihak yang menuduh dirinya tanpa asas.

Memakai cincin adalah sebagai pelengkap aksesori kepada Gmie.

"Saya memang terkejut, bila ada yang kaitkan cincin yang saya pakai kononnya ada kaitan dengan amalan bomoh. Demi Tuhan, saya tidak perlukan semua itu dalam pertandingan ini.

"Saya percaya pada rezeki dan tidak ada guna saya amalkan benda yang tidak bertentangan dengan agama ini," katanya.

Gmie berkata dia memang gemar memakai cincin sebagai pelengkap dan aksesori, malah memang memakai cincin ketika ke tempat kerja serta keluar bersiar-siar. Bukan hanya ketika menyanyi.

Baginya, memakai cincin membuatkan penampilannya lebih bergaya dan menarik.

"Saya faham ada yang suka dan ada yang tidak. Tapi tidak elok kalau kita membuat tuduhan yang berlebih-lebih. Bagi saya, semuanya saya serahkan kepada Tuhan," katanya.

Bercerita mengenai imuniti yang dimiliki, Gmie mengakui sudah bersedia untuk tersingkir sejak minggu ke dua. Namun rezeki membawanya hingga ke suku akhir dan kembali lagi untuk berjuang mencari tempat hingga ke pentas final.

"Macam saya katakan tadi ini semua adalah peluang yang patut saya gunakan sebaik mungkin. Kalau bab tersingkir ketika nyanyikan lagu 'Januari' saya sudah hilang semangat kerana menyanyikan lagu yang begitu asing.

"Saya akan teruskan selagi mampu dan terdaya," katanya.

Enam daripada tujuh peserta yang layak ke peringkat separuh akhir. Siti Sarah tiada di dalam gambar.

Melihat kepada perubahan diri sepanjang berjuang di GV3, Gmie mengakui dia sendiri kadang kala tersenyum mengenangkan semua yang sudah dilalui.

"Saya sendiri tak sangka boleh lakukan seperti menyanyi lagu yang tidak pernah langsung saya nyanyikan. Memang sesuatu yang baharu," katanya.

Tidak mustahil Gmie juga bakal rebranding seperti Tomok yang dulunya terkenal dengan lagu leleh, kini semakin meletop bersama citarasa dan genre muzik yang dinyanyikan.

Gmie, perlu keep on fighting dan hargai imuniti. Haters gonna hate!