Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
KAW

“Komen ‘Betina’ Itu Ditulis Secara Rawak Tanpa Tahu Siapa Gerangannya.” – Rozita Che Wan

Mohamad Bakar 24/03/2017 | 09:40 MYT
Komen rawak Rozita Che Wan atau Che Ta baru-baru ini menerusi laman Instagram isteri kepada Aqasha, Baizura Sabri akhirnya mengundang padah hingga menerima kecaman daripada netizen. Niat asalnya hanya berkongsi rasa sebagai wanita, ibu dan isteri terhadap pergolakan rumah tangga Aqasha dan Baizura bertukar menjadi seperti mimpi ngeri.

Lebih ‘tragis’, Che Ta turut dikatakan mempunyai isu dengan pelakon wanita, Rita Rudaini yang kononnya menjadi penyebab kepada pergolakan rumah tangga pasangan itu. Berkongsi isi hatinya kepada Rojak Daily Kaw! baru-baru ini, Rozita memberitahu apa yang ditulisnya itu termasuk menggunakan perkataan ‘betina’ (merujuk kepada punca pergolakan rumah tangga pasangan itu) bukan bersifat sentimen atau serangan peribadi.

Che Ta bersama anak-anaknya. (Kredit Gambar: Mohamad Bakar)
“Apa yang saya kongsi sebagai dasar memahami diri saya juga seorang wanita, ibu dan isteri. Sama seperti Baizura. Malah jujur, saya komen itu pun tanpa mengetahui siapa yang dikatakan menjadi punca pergolakan. Saya pun tak kenal Baizura secara peribadi. Saya sendiri pun tak kenal rapat dengan Rita, jadi mustahil saya ada isu peribadi dengannya.

“Saya dan dia (Rita) tak pernah bergandingan dan bertemu. Maka di sini memang tiada isu antara kami. Tiada sebab untuk saya dituduh cuba menujukan komen itu kepadanya,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Niat saya hanya untuk berkongsi rasa simpati - Che Ta. (Kredit Gambar: Mohamad Bakar)
Menurut Che Ta selepas ini dia kena beringat supaya tidak pantas memberikan komen melulu.

“Saya menulis komen itu kerana nama saya di tag sekali di bawah gambar yang dimuat naik Baizura. Niat hanya berkongsi perasaan dan simpati tapi menjadi sebaliknya. Saya pun dapat tahu gambar yang dimuat naik itu sudah dipadam. Selepas ini saya kena fikir daripada pelbagai sudut pandang sebelum menulis komen,” tegasnya.

Aaisyah bakal punya rancangan realitinya sendiri. (Kredit Gambar: Mohamad Bakar)
Bertemunya ketika berlangsung sidang media pelancaran program realiti puteri bongsunya, Aaisyah Dhia Rana berjudul Little Princess Aaisyah baru-baru ini, Rozita mempunyai sebab tersendiri menerima tawaran berkenaan. Pemilihan judul rancangan itu juga mempunyai signifikan tersendiri bagi Rozita.

"Saya sendiri suka melayan dia bagi bak sang puteri termasuklah mengenakan gaun cantik. Persetujuan untuk program ini saya terima pun kerana ia tak membebankan Aaisyah pun.

"Ini juga ruang untuk saya kongsi serba sedikit kehidupan Aaisyah yang tidak semuanya dikongsi di laman Instagram. Tak semua momen di Instagram saya letak di situ," katanya.

Little Princess Aaisyah akan mula menemui penonton April ini di Astro Ria dan Ria HD. (Kredit Gambar: Mohamad Bakar)
Tambah Che Ta, usul menerbitkan program ini dilakukan Astro sejak sidang program The House lagi membabitkan keluarganya.

"Sekitar hujung Januari baru lalu mereka mula putuskan nama program. Selain itu turut berlangsung perbincangan antara saya dan pihak Astro," katanya.

Little Princess Aaisyah akan bersiaran menerusi slot eBu bermula 12 April ini jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD. Program ini turut melihat bagaimana Rozita dan Zain berkongsi tips keibu bapaan.

#Kontroversi #Kontroversi