Tindakan perancang perkahwinan terkenal Rekateemor menulis komen berbunyi “Hi Sherry Ibrahim, dah tengok wedding Fattzura (Fattah dan Fazura)? Kami ada post wedding Fattzura di Instagram kami. Jom tengok,” ke ruangan komen milik pelakon dan ahli perniagaan bertudung itu dilihat tidak wajar.

Tak ada angin dan ribut, motif perancang perkahwinan itu dipersoalkan. Sekalipun umum tahu Fattah dan Sherry pernah bersama sebelum ini dan ia ternyata kisah lama yang tak perlu diulang siar lagi. Namun ia sesuatu yang dilihat tidak profesional dilakukan perancang perkahwinan berkenaan yang sudah membina reputasi baik selama ini.

Komen yang membuka ruang melagakan artis.

Malah Sherry juga menuntut penjelasan kenapa mereka berbuat begitu di laman Instagram miliknya.

“First of all, i dont even know them and this happened on my video that i’d posted last night. This remark has led into public/cyber harrasment (cyber bully) and open for the risk and disrecpectful.

“Kindly explain to me before i persuade further action @rekateemor,” tulisnya di laman Instagram itu.

Sherry turut berasa marah kerana komen sebegitu secara tak langsung jelas akan membuka ruang untuk netizen melaga-lagakannya dengan artis yang berkaitan dengan video itu.

"Saya tak mahu nanti akan wujud pihak yang melaga-lagakan saya dengan orang lain sedangkan saya tiada sebarang isu dengan mereka. Lagi pula, majlis dan video itu tiada kaitan dengan saya.

"Saya yakin yang tindakan mereka meninggalkan komen itu memang disengajakan. Kalau 'spam' atau komen automatik, mereka tidak boleh 'tag' nama saya di dalam komen.

Ambil serius dan jika perlu, tindakan sewajarnya akan diambil.

"Kalau benar ini adalah strategi pemasaran mereka, saya amat bersimpati kepada mereka kerana menggunakan strategi sebegini murah untuk mempromosikan jenama.

"Lagi satu, kalau benar ia adalah 'spam' atau komen automatik, tak mungkin pagi ini komen itu sudah hilang dan dipadam oleh pihak mereka," katanya.

"Saya bukanlah orang yang simply suka mencari pasal dan share benda sebegini. Tapi, kalau ada yang mencari fasal dengan saya, pasti saya pandang serius dan akan ambil tindakan sepatutnya sebagai pengajaran," katanya.

Hal itu turut mendapat sokongan teman baiknya seperti pelakon Ryzal Jaafar dan jurugaya rambut terkenal, Bambang Soteto yang melihat komen perancang perkahwinan itu sebagai tidak perlu.

Rekateemor dakwa Instagram mereka digodam.

“Saya fikir kamu (rekateemor) tak patut buat ini kepada dia (Sherry). Jelas dia tak ada kena mengena dengan mereka. Sangat ironi, dalam banyak orang, kamu yang terbabit dalam perniagaan perkahwinan cuba memusnahkan kehidupan dan kebahagiaan orang.

“Jika ini satu strategi pemasaran bisnes kamu, ia sesuatu yang amat memalukan. Sebelum ini saya memandang tinggi kejayaan kamu. Tapi ini buat saya berubah. Saya rasa kamu perlu minta maaf kepadanya,” katanya.

Dilihat menjawab kepada apa yang dibangkitkan Sherry, RekaTeemor dibawah Instagram mereka memuat naik memberitahu yang akaun itu digodam.

“Someone tryng to tarnish Reka Teemor’s image ini cyber world by hacking into our business account and menulis komen yang tak perlu,” tulis Rekateemor.