KAW
Konsert Akademi Fantasia 2016: Ada Apa Dengan Reshma, Amir, Afi, Amal dan Ara?
Saya tidak membuat ulasan konsert Akademi Fantasia minggu yang ketujuh. Awal Muharram, tahun baharu dalam kalendar Islam. Tetapi saya sempat menonton siaran ulangannya beberapa hari kemudian. Rasa seperti terlalu lambat untuk membuat ulasan, jadi saya lupakan sahaja. Mungkin saya boleh menulis dari sisi yang berbeza.
Lagipun, semua kelima mereka yang ke final adalah peserta yang memang saya sudah jangka atau lebih tepat, yang saya harapkan dapat menjejakkan kaki ke minggu terakhir. Kalau ada hadiah sampai tempat ketujuh, saya tidak keberatan pun untuk semua peserta beraksi di akhir. Tapi pilihan bukan di tangan saya.
Yang menariknya, di peringkat akhir nanti, adakah pengundi akan mengundi berdasarkan mutu vokal dan persembahan mereka, atau sebab minat mereka, atau juga mungkin daripada mana asal usul mereka. Jom kita berceloteh sikit tentang kelebihan dan kekurangan bintang-bintang Akademi Fantasia 2016 yang mara ke peringkat akhir.
Reshma
{^widget|(name)statictextWidget|(text)AFUNDI5+atau+AFUNDI10+atau+AFUNDI20+%3c+JARAK+%3e+RESHMA+dan+hantarkan+ke+32777|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Kelebihan Reshma sememangnya terletak kepada gaya dan cara beliau menyampaikan sesebuah lagu. Beliau sangat bijak menelaah, mengkaji, menyusun kembali dan memberi pembaharuan kepada sesuatu lagu yang disampaikan. Sejak minggu pertama, Reshma tidak pernah menghampakan. Hampir kesemua persembahan beliau diberi nafas baru. Sesuatu yang tidak ada pada pelajar-pelajar lain.
Kelemahan Reshma mungkin hanya pada pemahaman beliau tentang lirik lagu. Untuk memberikan impak yang lebih kepada penonton, setiap penyanyi perlu tahu apa yang dinyanyikan. Tetapi saya tidak nampak ianya satu masalah yang besar kerana perkara ini mudah untuk dipelajari. Apatah lagi jika Reshma ingin membesarkan karyanya dalam nyanyian lagu-lagu Melayu. Kalau pengundi melihat kepada kemampuan yang ada pada Reshma, dia mungkin bakal bergelar juara.
Amir
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)AFUNDI5+atau+AFUNDI10+atau+AFUNDI20+%3c+JARAK+%3e+AMIR+dan+hantarkan+ke+32777|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Kelebihan Amir adalah versatiliti yang ada pada beliau. Berilah apa jua cabaran, semuanya disambut dengan sungguh baik dan cemerlang. Amir jika dibentuk dengan sempurna mampu pergi jauh di dalam bidang seni. Benar, bunyinya sangat cliché, ‘pakej yang lengkap’, tapi itulah yang sering dilihat oleh sebahagian peminat seni tanahair.
Kelemahan Amir adalah sifat ‘kaku’nya di pentas. Ada ketikanya pergerakan yang dipertontonkan sentiasa sama dan tidak berubah. Susah nanti bila ada show di luar sana yang memerlukan Amir menyanyi lima hingga sepuluh lagu. Takkan nak duk macam tu dan nak gerak macam tu jer kan! Kalau dia mampu memberikan sepenuhnya di peringkat akhir, tidak mustahil dia boleh menjadi juara.
Afi
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)AFUNDI5+atau+AFUNDI10+atau+AFUNDI20+%3c+JARAK+%3e+AFI+dan+hantarkan+ke+32777|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Kelebihan Afi adalah keupayaan beliau menterjemahkan bait-bait lagu melalui mimik wajah dan pergerakan bahasa tubuhnya. Tidak ramai penyanyi yang ada keistimewaan ini. Sebutan Afi juga terang dan lantang, memberikan rasa kepada nyanyian yang hendak disampaikan kepada penonton. Malah Afi juga mempunyai keupayaan menari dengan baik. Bermakna, lagu yang perlu diterjemahkan dengan bahasa badan, mahupun lagu yang memerlukan pergerakan tarian mampu disampaikan dengan cemerlang oleh Afi.
Kelemahan Afi adalah dari segi teknikalnya yang terlalu dipraktikkan di atas pentas seperti membuka mulut seluas-luas alam! Menyanyi perlu nampak selesa dan ‘cantik’ dalam erti kata, walaupun ketika menggunakan pelbagai teknik yang diajar, ianya perlu nampak minimal kepada penonton supaya mereka dapat melihat persembahan tersebut dengan rasa yang menyeronokkan. Tapi serius, kekuatan Afi memang tidak boleh disangkal dan kalau dilihat kepada corak pengundian penonton, Afi mungkin bakal bergelar juara.
Amal
{^widget|(name)statictextWidget|(text)AFUNDI5+atau+AFUNDI10+atau+AFUNDI20+%3c+JARAK+%3e+AMAL+dan+hantarkan+ke+32777|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Kelebihan Amal seperti yang semua sudah tahu adalah suaranya. Keunikan itu memberikan kelebihan kerana kalau lagu barunya dipasang di corong-corong radio, secara automatik orang sudah mengenali suara beliau. Itulah yang tiada di dalam pasaran sekarang. Amal juga mempunyai sifat gila-gila dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan kepadanya. Dia percaya kepada gerak hati dan ini adalah sifat yang sangat penting kepada seseorang penghibur yang tidak terlalu bergantung kepada skrip dan jalan cerita yang direka lebih awal tanpa mengetahui corak dan kehendak penonton yang hadir.
Kelemahan Amal juga adalah suaranya kerana jika tidak diberikan lagu yang sesuai dan bekerjasama dengan komposer yang tidak tahu kelebihan dan kekurangan beliau, ianya akan ‘membunuh’ karier Amal. Mungkin di sini Amal perlu menggunakan kelebihan beliau untuk mencipta lagu buat dirinya sendiri. Uniknya Amal mampu menjadikan dia juara Akademi Fantasia musim ini.
Ara
{^widget|(name)statictextWidget|(text)AFUNDI5+atau+AFUNDI10+atau+AFUNDI20+%3c+JARAK+%3e+ARA+dan+hantarkan+ke+32777|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Kelebihan Ara adalah auranya ketika di pentas. Melangkah sahaja sudah dapat melihat dia adalah seorang penghibur. Aura penyanyi bukan boleh dicipta, ianya adalah satu anugerah. Apatah lagi Ara juga mempunyai kelebihan vokal yang sungguh indah. Ara juga mampu menyanyikan pelbagai genre lagu dengan kepelbagaian corak. Satu lagi kelebihan Ara yang saya nampak ketara adalah range suaranya. Jika note rendahnya mampu diindahkan seperti note tingginya, tidak ada apa yang boleh menghalang Ara untuk menjadi penghibur yang disegani suatu hari nanti.
Kelemahan Ara adalah sikap laid back nya. Kalau salah dibaca, boleh nampak seperti ‘malas’. Malas untuk bergerak, malas untuk memberikan seratus peratus, malas untuk berbahasa dengan tubuh! Sikap laid back ini perlu dikikis kalau Ara mahu terus ke hadapan. Penyanyi yang paling bagus di dunia sekali pun, jika ada sifat laid back yang keterlaluan, tetap akan tenggelam. Apapun, aura yang ada pada diri Ara mampu menjadikan dia juara.
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Lima+finalis+bersama+Pengetua+Akademi+Fantasia+2016%2c+Dato%27+Shake.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Jadi, siapakah pilihan anda untuk menjadi juara Akademi Fantasia 2016? Reshma? Amir? Afi? Amal? Ara? Jari yang menjadi juri. Kalau tidak mengundi tak perlu meroyan ya!
Kepada kesemua lima belas bekas pelajar Akademi Fantasia 2016, selamat datang ke dunia seni! Selamat menjadi seorang bintang dan sentiasa ingat, kerjaya anda tidak berakhir di Akademi Fantasia. Cabaran lebih dasyat menanti anda di luar sana!