KAW
Konsert Akademi Fantasia Minggu Kedua: Antara Pilihan Lagu, Komen Overdose dan Pemain Snooker
Bukan mudah menuju puncak, bunyinya sangat cliché tapi itu lah hakikatnya. Tema minggu ini membawakan lagu-lagu throwback nyanyian penyanyi tempatan mahupun penyanyi luar negara. Bila melihat senarai pilihan lagu yang diberikan kepada para pelajar untuk konsert kedua, sudah terdetik bahawa ada yang akan menyinar cemerlang dan ada akan terus malap dan tersingkir.
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Persembahan+pembukaan+yang+menghiburkan+daripada+Aliff%2c+Zizan+dan+pelajar-pelajar+Akademi+Fantasia.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Pilihan lagu dalam apa jua pertandingan nyanyian sangat penting. Di situ kita boleh showcase kemampuan vokal kita. Kalau lagu itu tidak memberikan manfaat kepada seseorang yang bertanding, ianya hanya akan menjadi hiburan kosong. Bila ada lagu yang menguji kekuatan vokal dan ada lagu yang langsung tidak memberi, penonton sudah boleh membezakan persembahan mereka. Jom lah kita buat review. Tak mahu membebel panjang pasal lagu. Sudah lapuk.
Zarol (Melodi Hati – Shawn Baharin)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Persembahan+Zarol+tidak+cukup+rasa.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Ikhlas cakap, bukan lagu pertandingan. Lagu ini boleh dipersembahkan di konsert hujung minggu di Dataran Merdeka ataupun di rancangan Hiburan Minggu Ini. Okaylah, persembahan Zarol agak menghiburkan, tapi tidak ada apa yang boleh ditonjolkan melalui vokal beliau. Tambahan lagi, dia tidak all out menari, menyebabkan rasa bosan timbul bila ianya berulang-ulang.
(3 bintang)
Rahila (Sedalam Mana Cintamu – Safura)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Kawalan+suara+yang+bagus+daripada+Rahila.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Note rendah dan note tinggi yang dikawal sangat baik oleh Rahila. Perlu diingat, lagu ini lagu lama, tetapi Rahila berjaya memberi nafas baru pada lagu ini. Saya sedikit keliru bila Datuk AC Mizal kata bunyinya macam penyanyi pub! Hmmm! Pada saya Rahila memberikan pembaharuan pada lagu tersebut dan kelainan yang diberikan sangat bagus. Entah pub mana yang Datuk AC maksudkan.
(4 bintang)
Afi (Matahari – Maya)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Mungkin+saya+old+fashion%2c+tetapi+pakaian+Afi+tidak+kena+dengan+nyanyiannya.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Pakaian, nyanyian dan muzik semuanya bercanggah antara satu sama lain! Muzik dengan arrangement baru, tapi nyanyian cara lama dan pakaian pulak boleh dikategorikan dalam tangkap muat. Kalau ditukar dengan pakaian penari iringan pun lebih baik! Sekali lagi, bukan lagu pertandingan yang boleh memberikan manfaat kepada Afi. Sayang sekali sebab vokalnya bagus tapi tidak ditonjolkan sebaik mungkin.
(3 bintang)
Halmy (Ramalanku Benar Belaka – Umbrella)
{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Halmy+perlu+lebih+confident+untuk+mencuba+sesuatu+yang+baru.|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Mungkin Halmy dah meramalkan dia akan tersingkir pada malam konsert kedua. Lagu Umbrella nyanyian Zarul dinyanyikan seperti Zarul. Di sini kapasiti seseorang penyanyi sangat penting untuk membawakan lagu tersebut dengan gaya dan caranya yang tersendiri. Persembahan Halmy bukannya buruk tetapi setakat cukup makan, dan belum mampu menandingi perserta lain jika dia tidak mencipta kelainan dalam persembahan.
(3 bintang)
Jasper (Cinta Gila – Juliana Banos)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Jasper+perlu+keluar+daripada+kepompong+manja%2c+dan+memberi+seratus+peratus+ketika+persembahan.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Rasa macam nak menjerit saja, ‘stop playing with your earpiece!’ Persembahan beliau asyik terganggu dengan tangannya yang gatal mengusik earpiece di telinga. Kalau rasa tak selesa, cabut! Persembahan Jasper biasa-biasa saja. Habis konsert, kalau tidak merujuk kepada apa yang saya tulis, saya pun tidak tahu lagu apa yang dipersembahkan oleh Jasper. Lagu ini juga penuh dengan pengulangan lirik. Persoalannya, kenapa lagu Juliana Banos? Nyanyian dia pun biasa-biasa sahaja.
(2 ½ bintang)
Asha (Bertakhta Di Hati – Farahdhiya)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Asha+mempamerkan+persembahan+yang+cemerlang+di+konsert+kedua.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Bila penyanyi diberikan lagu yang cukup sifat untuk pertandingan, sama ada dari segi dinamik, low note, high note dan sebagainya, ditambah pula dengan Asha sendiri yang mampu menyerlahkan vokalnya yang tersendiri, barulah nampak sesuatu yang hendak dicapai. Asha antara pelajar yang akan memberikan saingan dalam Akademi Fantasia untuk musim ini dengan kelebihan yang dia ada. Minggu lalu pun dia mampu membawa lagu tradisional dengan bagus.
(4 ½ bintang)
Isa (Ketahuan – Matta Band)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Isa+perlu+lebih+berani+kalau+ingin+berada+di+dalam+industri+seni.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Saya pun tidak faham kenapa lagu ini dipilih sebagai salah satu lagu untuk dipersembahkan. Lagunya biasa, liriknya berulang-ulang, dan ya, penonton boleh menyanyi bersama-sama. Tetapi apa keuntungan yang diberikan kepada Isa sebagai seorang pelajar yang bertanding di dalam Akademi Fantasia? Minggu lalu persembahan Isa terlalu hambar sebab dia sakit, minggu ini pula persembahan dia mungkin meningkat setinggi jari kelingking. Cuba bagi lagu yang mencabar untuk menebus ‘kesilapan’ minggu lalu. Terlalu hambar persembahannya.
(2 ½ bintang)
Ikram (kaulah Segalanya – Hazrul Nizam)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Perlu+tingkatkan+pengawalan+suaran+kerana+Ikram+mempunyai+kelebihan+di+situ.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Saya rasa kalau saya pakai suit yang dipakai oleh Ikram pun boleh muat! Besarnya suit dia! Sudahlah gayanya bak pemain snooker. Come on lah, takkan tak boleh cari suit yang sesuai dengan badan dan yang lebih menarik warnanya. Nasib Ikram lebih baik daripada kebanyakan penyanyi lelaki lain kerana dia mendapat lagu yang boleh menonjolkan warna suaranya. There you go! Lagu sebegini yang bagus untuk pertandingan. Mungkin orang kata lagu ballad, tetapi banyak lagi lagu-lagu bertempo pantas yang mencabar vokal pelajar.
(3 ½ bintang)
Rais ( Separuh Masa – The Lima)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Nasib+tidak+menyebelahi+Rais+yang+mempunyai+mutu+vokal+yang+bagus.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Saya pun tidak tahu nak ketawa atau menangis melihat Rais mendapat lagu ini. Saya pun tidak berani untuk menkategorikan lagu ini dalam senarai one hit wonder! Maaflah, lagu itu sendiri pun sudah monotonous, dengan lirik berulang dan perlu di improvise dalam tempoh kurang seminggu. Pilihan lagu ini seolah-olah ‘menendang’ Rais keluar daripada pertandingan. Keupayaan Rais yang saya tengok ketika sesi pengenalan dan dalam konsert kedua ini sangat jauh berbeza. Dia boleh berikan yang lebih bagus dengan cabaran yang lebih besar.
(2 ½ bintang)
Riana (Flora Cinta – Min Malik)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Perlu+tumpukan+perhatian+kepada+homework+supaya+tidak+lagi+lupa+lirik.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Lupa lirik! Kalau dalam pertandingan, merupakan satu kesalahan yang besar. Permulaan yang baik, tetapi bila sudah lupa lirik, semuanya jadi tunggang langgang. Lagu dinyanyikan lari tempo, muka menunjukkan rasa salah sedangkan lagunya sudah cukup bagus untuk dia. Rasa kasihan pun ada. Mungkin lepas Rais dah terkeluar dia boleh tumpukan perhatian di dalam kelas.
(2 bintang)
Amir (Wherever You May Go – The Calling)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Amir+macam+adik+kembar+Que+Haidar+(Okay%2c+lari+topik!)|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Adakah nasib dia baik kerana mendapat dua lagu yang mencabar vokalnya dua minggu berturut-turut? Walau apapun, persembahan beliau untuk saya adalah the best performance of the night. Dia menggunakan seluruh ruang pentas, dia menyanyi penuh penghayatan, dia memberikan apa yang penonton mahukan, dia mewarnakan lagu yang diberikan dengan suaranya yang tersendiri. Apa pun ulasan pengkritik tidak relevan pada saya kerana dalam konsert kedua ini, persembahan Amir cukup mantap.
(5 bintang)
Reshma (Kembali Lagi Di Sisimu – Farah Asyikin)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Reshma+berani+mencuba+menghidupkan+lagu+dengan+gaya+tersendiri.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Kalau diikutkan, apabila terpaksa membuat persembahan selepas satu persembahan yang hebat pasti akan meruntunkan momentum, tetapi tidak buat Reshma. Dia menyampaikan dengan gayanya yang tersendiri. Dia ada style dipentas, dia menyanyikan lagu Farah Asyikin dengan nafas baru. Mungkin belum perfect, tetapi kesungguhan yang ditunjukkan membuktikan dia inginkan kejayaan. Saya suka dengan persembahan Reshma.
(4 bintang)
Amal (Bintang Kehidupan - Deddy Dores & Nike Ardilla)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Keunikan+vokal+Amal+mewarnai+dunia+seni+tanahair.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Anugerah Tuhan! Suaranya yang unik membuatkan apa jua lagu yang disampaikan menjadi miliknya sendiri. Sedap mendengar penyampaian Amal. Lagu ini juga bukan mudah untuk disampaikan, tetapi kesungguhan Amal memang membuahkan hasil. Sangat berharap agar penyanyi sebegini diberi peluang dan sokongan kerana ianya akan mewarnai industri muzik tanahair.
(4 ½ bintang)
Ara (Andai – Dia Fadila)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Mempunyai+vokal+yang+mantap+dan+auranya+yang+tersendiri.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Penutup yang sungguh hebat daripada Ara. Pelajar wanita yang boleh memberikan saingan yang sengit kepada Amir. Ara ada karisma yang tersendiri di atas pentas. Suaranya juga padu dan bertenaga. Persembahan Ara yang bersahaja seolah-olah saya datang melihat konsert beliau. Tidak mahu komen panjang-panjang, Ara antara pelajar yang bakal memberikan saingan kepada para peserta lain. Mantap!
(5 bintang)
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Persembahan+wajib%2c+Menuju+Puncak!|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Maaflah, konsert kedua ini saya tidak berapa gemar dengan komen para pengkritik yang sedikit overdose dan tidak mengambil kira kesesuaian lagu dengan pertandingan, malah terlalu teknikal sehingga saya sendiri pun pening untuk faham, apatah lagi buat pelajar-pelajar baru ini. Tak dinafikan mereka arif dalam bidang masing-masing, tetapi bila kita berbicara dengan sekelompok orang, kita kena tengok tahap mereka, dan kita kritik ditahap mereka. Kalau kita kritik tahap penyanyi yang sudah 30 tahun berada di dalam industri, matilah semangat para pelajar ini.
Saya juga faham tentang betapa susahnya untuk memilih lagu buat pelajar kerana pernah dijemput menjadi panel untuk memilih lagu. Faham! Faham sangat-sangat! Cuma mungkin, sebelum kita memilih lagu, tanya pada diri, adakah lagu ini sesuai untuk pertandingan?
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Tinggal+11+orang+pelajar+sebelum+seorang+lagi+diserap+masuk+melalui+pertandingan+Joharock+di+Era.|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Untuk semua pelajar yang masih berada di dalam Akademi, teruskan usaha anda. Kepada Halmy, Rais dan Isa yang terkeluar, kalau ini jalan yang anda pilih, teruskan berusaha dan jangan lupa dengan kata-kata nasihat daripada Datuk Ramli MS.