Skip to main content

Market Trends

Konsert Hujan X Masdo Dah Hampir 1000 Tiket Dijual, Pantas Betul!

hujan-x-masdo.jpg
Sebaik sahaja dua buah kugiran tempatan terkenal iaitu Hujan dan Masdo mengumumkan mereka bakal bergabung menerusi Konsert Hujan X Masdo, ternyata berita tersebut mendapat sambutan hangat peminat.

Buktinya hampir 1000 keping tiket telah pun habis dijual. Bagaimanapun menurut pihak penganjur walaupun sudah menetapkan untuk meletakkan had kapasiti penonton konsert sebanyak 2500 sahaja namun sekiranya terdapat permintaan yang lebih banyak, kapasiti mungkin akan ditambah.
Hujan dan Masdo bakal cetus fenomena.
Konsert ini merupakan kolaborasi pertama serta konsert berskala besar buat kedua-dua kumpulan.

Menariknya, Hujan dan Masdo bakal mengadakan persembahan berkonsepkan ‘battle of the bands’ di mana kedua-dua kumpulan ini akan ‘bertarung’ untuk memberikan persembahan terbaik.

Satu segmen tribut khas juga akan diadakan untuk didedikasikan kepada pergerakan kumpulan-kumpulan ‘Indie’ tempatan.
Gelagat Hujan sewaktu sesi fotografi.
Menurut wakil Hujan dan Masdo, pada era muzik moden kini tidak ramai artis atau kumpulan kugiran (atau band) terutamanya band baru seperti mereka yang mahu atau berani untuk mengadakan konsert. Jadi mereka berharap selepas ini lebih banyak konsert-konsert artis dan band tempatan bagi memeriahkan industri muzik tempatan seperti suatu masa dahulu.

Konsert ini bakal diterajui dan diterbitkan oleh Rosli Mohamed, yang juga pengasas CST Production sejaktahun 2005 lagi.
Kugiran Masdo semakin popular.
Rosli yang bermula dengan bidang fotografi dan videografi telah banyak menghasilkan kandungan berunsur hiburan termasuk rancangan TV, video muzik dan juga pelbagai video tular.

Buat julung-julung kali, Rosli akan bekerjasama dengan DGRANDSTAGE EVENTS untuk menerbitkan konsert mereka yang pertama dan bakal memberikan sentuhan baru dalam penerbitan konsert ini dengan menggabungkan karya videografi ke dalam persembahan acara.

Para penonton dijangka akan dapat meyaksikan sebuah pertunjukan bunyi dengan cahaya yang hebat dan bakal digambarkan dengan ajnas input video kreatif yang akan dipaparkan di layar LED.
Noh (Hujan) bersama Ali (Kugiran Masdo).
Konsert ini bakal berlangsung pada Sabtu, 6 Oktober 2018 bertempat di Pintu 2, MAEPS Serdang jam 8.30 malam.

Tiket konsert sudahpun mula dijual dan terdapat hadiah istimewa lagi eksklusif buat mereka yang memesan tiket konsert lebih awal.

Tiket-tiket ‘earlybird’ ini boleh didapati di ilassotickets.com atau dengan menghubungi talian 03-21706333 / 010-3837552.
Konsert bakal berlangsung pada 6 Oktober depan.
Bagaimanapun tiket Rock Zone dengan sesi ramah mesra atau ‘meet and greet’ pada harga RM200 telahpun habis dijual.

Untuk itu harga tiket yang tinggal adalah seperti berikut:

Rock Zone : RM150 + hadiah percuma (tanpa meet and greet/ sesi ramah mesra)

Zone 1 : RM100 + Beg percuma

Zone 2 : RM50 + ‘Wristband’ percuma


Tawaran tiket ‘early bird’ bermula dari sekarang hingga 9 September 2018 sahaja.
 

Advertisement

Must-Watch Video