Skip to main content

Market Trends

KP FINAS Jawab Isu FFM28 Malam Ini

kp_finas.jpg
Isu segregasi atau pengasingan kategori filem berbahasa Malaysia dengan bukan berbahasa Malaysia terus menjadi topik hangat dibincangkan dalam kalangan penggiat seni perfileman.

Masing-masing berhujah dan memberikan pandangan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) selaku penganjur acara Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) yang akan berlangsung pada 3 September nanti.

Apa yang menjadi isu adalah filem Ola Bola dan Jagat yang dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik Bukan Bahasa Malaysia meraih pandangan berbeza. Begitu juga, tiga penggiat seni berpengalaman iaitu Afdlin Shauki, Hans Isaac dan pengarah sinematografi, Mohd Noor Kassim menarik diri daripada FFM28.

Namun, dalam status balas Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) terhadap tindakan Mohd Noor Kassim itu di Facebook baru-baru ini menyatakan penyertaan calon dilakukan produser. Maka, penarikan diri calon juga perlu menerusi produser yang diajukan kepada urus setia penjurian FFM28.





Di sebalik isu kedua filem tersebut dan penarikan diri calon, penggiat seni juga tertumpu pada pertemuan dengan Ketua Pengarah FINAS, Datuk Kamil Othman dalam acara #tanyaFINAS 2.0 yang diadakan di Cinematheque @ FINAS, Content Malaysia Pitching Centre, Platinum Sentral, Kuala Lumpur, jam 8 malam ini.

Mungkin malam ini, Kamil akan memberikan jawapan lanjut terhadap segala isu yang timbul sempena penganjuran FFM28.
 

Advertisement

Must-Watch Video