Lagu berhantu, Ku Rela Dibenci nyanyian penyanyi Aiman Tino telah meraih Lagu Paling Emo 2016 pada Anugerah Digital Muzik Era 2016 yang telah diadakah di MaTiC, Kuala Lumpur malam tadi.

Lagu tersebut telah mengalahkan empat lagi nominasi lagu paling emo iaitu Hyperact (Takkan Pergi), Ezad Lazim (Demi Cinta), Projector Band (Sudah Ku Tahu) dan Sufian Suhaimi (Terakhir).

Dihoskan oleh Nabil Ahmad, majlis ini diperhebatkan lagi dengan kehadiran pemyampai-penyampai Era FM dan persembahan hebat oleh Altimet dengan lagu Amboi, Sufian Suhaimi yang berkolaborasi bersama Aiman Tino dengan lagu Harus Aku dan Permata Cinta, Khai Bahar dengan lagu Bayang, Haqiem Rosli dengan lagu Segalanya, Amira Othman menerusi lagu Jaga-Jaga, Colour Of Voices dengan lagu-lagu medley popular serta penutup majlis oleh Ayda Jebat dengan lagu Nakal Nakal Nakal.

Tambah meriah apabila majlis yang disiarkan menerusi laman Facebook Era FM ini dihadiri oleh artis digital, Youtuber, Instafamous dan Tweetfamous seperti Luqman Podolski, Adib Alexx, Zukieee, Jaa Suzuran, Kyo Propaganda, King Coco dan ramai lagi.

Senarai pemenang Anugerah Digital Muzik Era 2016

1) Penyanyi Kolaborasi Terbaik 2016 - Faizal Tahir, Negaraku



2) Lagu Nyanyian Semula Terbaik 2016 - Haqiem Rusli, Segalanya



3) Temubual Tetamu Terbaik Carta Era 20 2016 - Ayda Jebat



4) Lagu Paling Lama Dalam Carta Era 40 2016 - Syamel, Hidup Dalam Mati



5) Penyanyi Harapan Baru Pilihan Digi 2016 - Colour Of Voices