Kulit Album Terbaharu Malique Cetus Tanda Tanya
Siapa tak kenal rapper Malaysia, penerbit lagu, penulis lirik dan komposer, Malique Ibrahim. Cukup disegani dalam dunia hip hop, kariernya bermula ketika bersama Too Phat. Kemudian, Malique bergerak solo dan banyak menghasilkan lagu-lagu berhantu seperti Mentera Beradu (M. Nasir), Teman Pengganti (Black), Bawaku Pergi (Zizan & Kaka) dan Aku Maafkan Kamu (Dato Jamal Abdillah). Kali terakhir Malique keluar dengan album solo adalah pada tahun 2008 dan kini, Malique tampil dengan album barunya, TKO: Pejamkan Mata.
Album Malique kali ini menampilkan kulit album yang telah menjadi topik bualan di media sosial sekaligus, menjadi tanda tanya kepada peminat-peminatnya diluar sana. Namun peminat Malique yang setia sahaja yang benar-benar akan memahami dan mengintepretasikan konsep kulit album ini secara positif. Lirik-lirik yang penuh bermakna samada yang tersurat mahupun tersirat adalah nukilan sepenuhnya oleh Malique.
Album ini telah dipasarkan hanya menerusi online store Qarma Musiq pada 22 Disember 2016 yang lalu. Album ini menghimpunkan lagu-lagu yang telah dipasarkan dahulu dengan memuatkan tiga lagu baru iaitu Muzik Buatku High, Bukan Mudah bersama Nukilan dan Pejamkan Mata feat Dayang Nurfaizah. Rata-rata netizen yang meminati hasil nukilan Malique begitu teruja dengan album terbaharu ini.
Berikut merupakan senarai lagu-lagu yang terkandung di dalam TKO: Pejamkan Mata:
- Warkah Dari Perbatasan (Intro)
- Salut featuring Ariz
- Perang Dah Tamat featuring Rabbani
- 2010 Masih Hip Hop featuring Joe Flizzow
- Muzik Buatku High
- Senyum featuring Najwa
- Cuba Lagi featuring Lah Ahmad
- Bukan Mudah with Nukilan
- Aku Maafkan Kamu featuring Jamal Abdillah
- Teman Pengganti with Black
- Pejamkan Mata featuring Dayang Nurfaizah