Skip to main content

Market Trends

Kumpulan Exists Bakal Adakan Konsert Throwback di Singapura, 2 Disember ini

kumpulan-exists-01.jpg
Untuk melangsaikan rindu dan pemintaan para peminat setia kumpulan yang ditubuhkan pada 1991 ini, pihak CMX International dan Frankoland Management berkolaborasi menghasilkan konsert yang dinamakan "Throwback Exists".

Memilih lokasi The Pavilion, Far East Square,Singapura, konsert ini akan menyaksikan semula gabungan Ezad(vokal), Ujang (drum), Musa (bass) dan Along (gitar) pada 2 Disember ini bermula pukul 7 malam.

“Ramai para peminat di Singapura yang bertanyakan tentang konsert Exists. Permintaan terhadap kemunculan mereka memang tinggi. Maka kami ingin menunaikan pemintaan peminat yang rindu untuk menyaksikan kemunculan semula mereka.Itu sebabnya juga kami namakan konsert ini dengan nama Throwback Exists,” ujar Franko mewakili Frankoland Management.

Bakal membawakan lagu-lagu hits lagi berhantu mereka, konsert selama satu jam ini pasti mengembalikan nostalgia buat peminat. Lagu seperti Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu,Jesnita dan Masih Terserlah Ayumu antara lagu yang bakal dipersembahkan.

"Mungkin Konsert Throwback Exists ini merupakan sebuah pembukaan kepada hasrat kami ini untuk membuat konsert reunion. Adalah menjadi harapan kami untuk memulakan sesuatu bersama Exists pada tahun hadapan,”impi Ujang mewakili ahli kumpulan yang lain.

Menurut Ujang, kali terakhir  mereka mengadakan persembahan di Malaysia pula ialah pada tahun 2013 di Hard Rock Café Kuala Lumpur.  

Kumpulan Exists telah muncul dengan sembilan buah album studio iaitu Exist (1991), Anugerah (1993), Diammu Gunung Berapi (1995), Jangan Gentar (1997), Mutan (1998), Ada (2001), Seper& Dulu (2003), Paragon (2004) dan Hits Rakaman Semula(2007).

Penampilan artis baru, Khai Bahar, dirasakan sebagai penyeri dan bakal memeriahkan lagi konsert ini kelak. Disamping namanya yang sedang meningkat naik sekarang, Khai juga merupakan peminat Exists dan sering menyanyikan lagu-lagu kumpulan popular tersebut dalam nyanyian dan persembahannya.

Must-Watch Video