Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin akui mengikut nasihat suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa agar kurang mendedahkan foto anak perempuan mereka, Siti Aafiyah di Instagram.
Menurut Siti, langkah tersebut diambil kerana bimbang Aafiyah menjadi sasaran netizen.

“Bagi saya, apa pun yang kita letak di media sosial sama ada benda yang baik pun tetap akan ada orang yang tegur.
“Sebelum ini pun memang ada yang meninggalkan komen berbaur negatif, jadi untuk elakkan perkara sama berulang saya ikut saranan suami.

“Suami berpesan supaya tidak terlalu kerap memuat naik foto-foto anak di IG kecuali pada waktu tertentu sahaja,” katanya.
Siti ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu SimplySiti Kosmetik Gold Edition bertempat di Menara KL pada Isnin.
Bercerita mengenai Aafiyah, Siti memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri untuk tidak membenarkan orang luar mencium anaknya.

“Dari segi kesihatan dan pembesaran Aafiyah tu kalua boleh saya akan elakkan orang untuk mencium dia.
“Bukan sahaja artis, saya rasa semua orang pun setuju dengan perkara ini. Jadi saya harap tidak ada orang yang ambil hati dan saya pasti mereka faham.

Terdahulu, Siti pernah menerima kritikan netizen yang tidak bersetuju dengan tindakannya membenarkan Aafiyah berenang dengan menggunakan pelampung pada bahagian leher di spa bayi baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Siti kini dalam peringkat perbincangan dengan rakan niaga di Indonesia untuk memasarkan produk SimplySiti di negara berkenaan.