KAW
Lagu Best, Tetapi Mengapa Nastia Kurang Dikenali?
Nastia, sebuah band yang mula disebut-sebut media arus perdana sejak tahun 2011 ketika mereka bersama-sama menyertai Battle of the Band anjuran SuriaFM. Band ini mula dikenali apabila lima buah lagu nyanyian mereka iaitu Kosong, Sebut Namamu, Sungguh, Hanyut dan Esok Belum Tiba menjadi runut drama Korban Kasih. Nastia mula menerbitkan EP pertama mereka berjudul Xpresi yang menerima maklum balas positif luar biasa daripada peminat mereka di seluruh Malaysia. Bertitik tolak daripada penerimaan memberangsangkan itu, Nastia muncul bersama album pertama berjudul Esok Belum Tiba yang dihasilkan AG Coco.

(Kredit Gambar: Instagram @nastiamusic)
Terbaharu mereka mengeluarkan single berjudul Rapuh yang diterbitkan oleh Faithful Music dan sekaligus menjadikan mereka band pertama berada di bawah syarikat milik Faizal Tahir. Ramai yang memuji tindakan Faizal Tahir mengambil Nastia sebagai ahli keluarga Faithful Music kerana lagu-lagu yang dibawa mereka mempunyai nilai tersendiri dengan lirik cukup mendalam sehingga ada yang menangis menghayati. Enam tahun dalam industri, Nastia kini bersedia melebarkan sayap untuk terbang lebih tinggi. Ramai yang memuji kehebatan susunan muzik dan persembahan mereka, tetapi masih ramai yang belum mengenali band ini. Ayuh dengarkan Rapuh, mungkinkah lagu ini bakal menjadi fenomena yang menaikkan populariti Nastia?
We're now with @faithfulmusicmy, Alhamdulillah. Thank you @faizal_tahir! Watch this space, #Nastians! #comingsoon#iamfaithmen pic.twitter.com/s1piNUAZF9— NASTIA (@nastiamusic) October 12, 2016
@faithfulmusicmy's 1st band. Meet the new Faithmen. Nastia. Welcome to the Faithful family.… https://t.co/pG8W5tnztB — Faizal Tahir (@faizal_tahir) October 12, 2016
You guys kalau belum dengaq @nastiamusic pergi lah dengaq, ntah la hebat sungguh muzik depa speechless aku. — Faidzal Annuar (@faidzalannuar) November 4, 2016
Lain mcm layan lagu Nastia Band - Rapuh nii ..— ? SyüK ? (@Syuk_RCs) January 21, 2017
and of course rindu @nastiamusic! Drive balik kerja tadi dengaq lagu depa, ada sejenih sayu pulak. Busy sungguh kerja la ni. ?— Farra diLLa (@FarradiLLa) November 2, 2016
#Nastians, ikuti progres kerja kami utk lagu baru #Rapuh, buah tangan istimewa kerjasama kami & @faizal_tahir @faithfulmusicmy #iamfaithmen— NASTIA (@nastiamusic) November 7, 2016
Spe nk dga bunyi future band music ala2 coldplay.. Try la dga lagu band nastia... Rudy nastia tu jgn cakap la.. arrangement dy semua eargasm— HABEY (@kbekaejamal) October 12, 2016
Wow nastia skarg dah jdi under faithfulmusic... Bagus faizal tahir... Pandai dy pilih band ?— HABEY (@kbekaejamal) October 12, 2016
@anhmzn nastia band memang band yg agak power bagi aku— Aman. (@Aman6Ahmad) June 28, 2016
Nastia adalah antara local band yang tak pernah mengecewakan. https://t.co/Es9uoIjeu3— Írfąn Hūsįn (@Irfantastic0) January 18, 2017
Everytime aku dengar band nastia mesti aku mengalir air mata. Sebab aku tringat dosa lepas— Niq (@aniqqqqqqqq) April 11, 2016
Must-Watch Video