KAW

Lagu Lirik Berulang Bikin Senang Masuk Kepala

Azwa Rahman 13/05/2016 | 07:30 MYT
Jika diperhatikan trend lagu-lagu sekarang, liriknya mudah dan ringkas. Dengan adanya melodi yang catchy, ia mudah masuk ke dalam kepala dan diingati. Inilah lapan lagu dengan lirik yang berulang-ulang yang catchy.

1) Bukan Hal Aku - Kaka Azraf Feat. Sleeq

Perkataan yang diulang: Bukan hal aku/puas ku tunggu

Jumlah perkataan diulang: 20

Nama Kaka Azraff semakin letup selepas kemunculan lagu ini. Liriknya yang bersahaja dan melodinya yang mudah diingati menyebabkan lagu ini cepat memanjat ke carta-carta radio tempatan.

2) Boleh Blah - Nanasheme

Perkataan yang diulang: Fikir engkau siapa

Jumlah perkataan diulang: 27

Melodinya sedap, liriknya ringkas. Gadis muda yang mula dikenali menerusi lagu "Hantu Atau Buaya" ini sedang meningkat naik dari sehari ke sehari. Jiwa besarnya dalam bidang muzik harus dicontohi.

3) Senyum - Aziz Harun

Perkataan yang diulang: Senyum

Jumlah perkataan diulang: 33

Anak muda 18 tahun yang berasal dari Brunei ini merupakan anak didik Faizal Tahir. Aziz Harun dilihat ada masa depan yang cerah dalam bidang muzik.

4) Hancur Aku - Estranged Feat. Fazura

Perkataan yang diulang: Hancur

Jumlah perkataan diulang: 30

Ini adalah kolaborasi pertama Estranged dan Fazura. Gabungan mantap Rich dan suara lunak Fazura menjadi penarik lagu ini.

5) Pencuri Hati - Ayda Jebat

Perkataan yang diulang: Love me

Jumlah perkataan diulang: 33

Single kedua penyanyi genit ini cukup mendapat perhatian pendengar. Dengan melodi seakan-akan lagu Korea, menyebabkan lagu ini mudah diterima ramai disamping populariti Ayda Jebat yang semakin menggunung.

6) Assalamualaikum - Faizal Tahir

Perkataan yang diulang: Assalamualaikum

Jumlah perkataan diulang: 21

Lagu yang penuh mesej kedamaian ini seharusnya disanjung. Faizal Tahir mampu membawa lagu ini dengan melodi yang mudah diingati.

7) Apa Khabar - Joe Flizzow Feat. SonaOne

Perkataan yang diulang: Aku tanya apa khabar

Jumlah perkataan diulang: 16

Kolaborasi menarik Joe Flizzow dan SonaOne ini mencetus fenomena. Liriknya penuh bermakna dan telah dijulang menjadi pemenang Anugerah Juara Lagu ke 29.

8) Biasa - Zahid feat. Viral

Perkataan yang diulang: Sudah biasa

Jumlah perkataan diulang: 32

Inilah percubaan juara Akademi Fantasia musim kedua untuk melakukan comeback dalam industri muzik. Mahu bergelar penyanyi sepenuh masa, semoga Zahid terus berjaya.

#Selebriti #muzik #Selebriti #Muzik