Pelakon Abby Abadi akui berasa gembira apabila menerima kehadiran seorang bayi perempuan bernama Maisara Dayana Fathia sebagai anak angkatnya.
Abby mendedahkan berita itu menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

“Assalamualaikum. Selamat pagi. Kita ada berita gembira nak kongsi pagi ni. Kita dah ada baby 'kembar tak seiras' & 'kembar tak sebulan' hehe.
“Alhamdullillah. ALLAH izinkan saya dan suami jadi mama abah pada baby-baby ni. Doakan yang terbaik ye.
“Kami akan usahakan yang terbaik Lillahi Taala. Tak perlu rajin sangat judge, itu tak kena, ini tak betul. Saya tengah dalam pantang ni, behave ok hihi,” tulisnya.
“Lama dah Mama impikan ada baby kembar dan hari ini ALLAH izinkan, Mama ada dah Daiyan dan Dayana.
“Memang rasa sungguhlah macam jaga kembar tak menang tangan dibuatnya hehe. Tapi Alhamdullillah, ALLAH bagi sebab ALLAH tahu mama dan abahnya mampu. #hakakcuba #doakan #janganjeles hehe,” tulisnya.
Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

Dalam pada itu, Abby menerusi posting berbeza memberitahu dia sudah lama menginginkan bayi kembar.
“Lama dah Mama impikan ada baby kembar dan hari ini ALLAH izinkan, Mama ada dah Daiyan dan Dayana.
“Memang rasa sungguhlah macam jaga kembar tak menang tangan dibuatnya hehe. Tapi Alhamdullillah, ALLAH bagi sebab ALLAH tahu mama dan abahnya mampu. #hakakcuba #doakan #janganjeles hehe,” tulisnya.
Terdahulu, Abby dan suaminya, Muhammad Faizal telah mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Daiyan Fayyadh penghujung Jun lalu.