• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
‘Voice Note’ Pengubat Rindu Salamiah Hassan Terhadap Suami - “Allah Beri Apa Yang Saya Inginkan Biarpun Hanya Dua Bulan Kami Menjadi Suami Isteri…”
BERITA
Suami Isteri Berdepan Detik Cemas Kereta Langgar Gajah Melintas
HIBURAN
“Air Muka Garang, Tapi Rupanya...” – Pengurus Fattah Amin Kongsi Sifat Peribadi Bapa Amira Othman
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
KAW

Lana Nordin Gembira Kini Suami Ke Kelas Agama, Rancang Umrah Tahun Hadapan

Z. Nadzri
22/12/2017
06:26 MYT
Sponsor Banner
Lana Nordin Gembira Kini Suami Ke Kelas Agama, Rancang Umrah Tahun Hadapan
Pelakon Lana Nodin, 37, gembira dan bersyukur kerana suaminya, David McKienzie, 37, dengan sendirinya mahu mendalami ajaran Islam dan mahu belajar mengaji serta bersolat dengan betul.
Malah mereka juga bercadang untuk mengerjakan umrah tahun depan.Doa dimakbulkan.
Sebelum mereka berkahwin, David atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzie, pernah ke Jeddah tetapi dia tidak boleh memasuki kota itu kerana bukan beragama Islam.
“Syukur, Allah SWT terima doa saya dengan ‘membukakan’ hati Daud untuk pergi ke kelas agama. Sebelum ini Daud tidak berpeluang untuk belajar agama atas komitmen latihan di luar negara.Tidak memaksa, cuma mengingatkan.
“Saya berharap Allah SWT memberkati suami, tetapkan hati dan imannya agar terus kekal dengan ajaran Islam,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Ujar Lana lagi atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, dia tak pernah paksa cuma dia sentiasa mengingatkan Daud kewajiban yang perlu dilaksanakan sebagai seorang Islam.Perlu didik anak tentang agama.
Apatah lagi mereka sudah ada anak, Gia Quinn Mckienzie, setahun lapan bulan, yang perlu dididik mematuhi dan mencintai agamanya.
“Kalau boleh, biar dia buat dengan rela hati agar dia ikhlas melakukan setiap suruhan Allah SWT,” katanya.
Related Topics
#Selebriti
#Selebriti
Must-Watch Video